kembali..
perjalanan pergi dah kembali agak memenatkan.. menaiki air asia tak semudah dulu.. kerana terpaksa berlepas dari low cost carrier terminal sebelah klia je.. tapi jalan ke sana macam keliling sempadan selangor je.. dan terminalnyer mmg low cost la sangat tapi still airport tax naik 50 hengget.. sampai jejak airport kuching still membebel tak puas hati.. nasib baik ade teman balek.. dan a bit happy sbb airport kuching dah cantek.. maklumla nak pilihanraya.. perjalanan balek plak lagi penat sebab jisim beban muatan dua kali ganda muatan balek..
baru tersedar tak makan ape pun sangat sejak dari rumah tadi.. balek langsung mengemas apa yang patut.. biaserlah sebelum balek mesti xde selera nak makan walaupun lapar.. macam lebih suka lapar daripada kenyang.. teringat nasik ayam yang dimakan dikampung ayah sabtu yang lalu.. menemani ayah membuang undi dikampung halaman.. jangan tanyer aku balek kampung utk mengundi ke? mase beli tiket aku tatau pun tengah pilihanraya kat sarawak.. hehe.. kembali ke sana tiada sangat yang berbeza.. cuma jumlah ekor kucing berkurangan.. mungkin mak berpendapat pusat penjagaan kucing lebih baik utk mereka.. i miss my samdol very much.. dan si kontot pun tak kurang comelnyer.. 2 ekor kitten penyambung generasi kucing dirumah kami..
ibu: sekarang ni bape orang duduk serumah dengan ko?
aku: 6 orang
ibu: yang dah kawen tu yang mane?
aku: die dah pindah putrajaya, ade member lain ganti tmpt die..
ibu: seme tu dah ade pakwe ke?
aku: er.. adela sorang single lagi
ibu: tu termasuk ko ke?
aku: terdiam jap (ni soklan ape ni?) tut.. tut.. tut.. (jawapan terpaksa dirahsiakan)
haha aku semakin suka dengan ketidak pastian in.. biarlah rahsia.. (pinjam jap siti ek)
aku juga mempelajari beberapa perkara sekembalinyer ke sane.. ada kepercayaan yang aku masih belom dapat rupenyer.. dan masih dilayan tak serupa remaja yang berumur 24 tahun.. ermm.. perlu ke menerima hakikat atau aku perlu melepaskan tali itu agar aku dapat memandu sendiri arah layang-layang hidupku.. dan untuk memandu sendiri pun perlu meminta kebenaran.. perlukah? whatever happen pun aku pun berhak menentukan arah hidup sendiri.. tanpa perlu melukai hati orang lain.. sebabnyer? hati ini pernah terluka.. dan bercakap mengenai luka.. ada perjanjian yang masih tidak dilupakan.. dan kepada 'dia' yang membacanya.. berdiam diri takkan mengubah apa-apa..
