malam jumaat..
perasaan menyambut jumaat seperti biasa.. tidak teruja seperti minggu yang sudah.. mungkin lantaran kesibukan atau memikirkan perkara lain.. dan juga minggu ini minggu yang penat.. hampir 12 jam berada dipejabat memang memeningkan kepala.. harini hampir mengamuk kerana tekanan pekerjaan dikala petang hari dan juga keberatan mata terutamanya mata sebelah kanan.. mengantuk dan juga ketandusan idea lantaran diasak kerja dan asakan masa yang menghimpit.. sudahnya kerja disudahkan dengan tenang juga..
keadaan kesihatan sudah berada di tahap yang memuaskan.. cuma timbul beberapa sakit lain.. bulan dugaan kesihatan dan mental.. ujian mendekatkan aku kepadaMu.. terima kasih atas ujian ini..
04.28.06 (1:34 am) [
edit]