halal..
Cara nak semak status halal barangan....
taip HALAL <13 digit bar kod pada brgn> hantar ke 32728....
nie kena guna handset laa.. bukan YM... tolong sebar-sebarkan.. TERIMA KASIH
05.30.06 (12:42 pm) [
edit]
ermm..
lantaran kesedihan itu saya kehilangan perasaan untuk menulis disini..
luka itu seakan tidak mahu sembuh.. parutnya juga seperti akan berzaman..
05.29.06 (12:48 pm) [
edit]
:(
saya sangat sedih yang amat.. sangat..
ya Allah.. tabahkan hati saya..
05.23.06 (5:31 pm) [
edit]
selasa..
Ungu - Demi Waktu
Aku yang tak pernah bisa lupakan dirinya
Yang kini hadir diantara kita
Namun ku juga takkan bisa menepis bayangmu
Yang slama ini temani hidupku
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih
Kalau saja waktu itu ku tak jumpa dirinya
Mungkin semua tak kan seperti ini
Dirimu dan dirinya kini ada di hatiku
Membawa aku dalam kehancuran
Maafkan aku menduakan cintamu
Berat rasa hatiku tinggalkan dirinya
Dan demi waktu yang bergulir di sampingmu
Maafkanlah diriku sepenuh hatimu
Seandainya bila ku bisa memilih
p/s: lagu ini tidak ditujukan buat sesiapa..
05.23.06 (10:18 am) [
edit]
kembali..
beberape jam yang lalu menginjakkan semula kaki di atas tanah semenanjung ini membawa kiriman daripada teman-teman.. seminggu percutian tanpa gaji yang terasa agak lama juga.. seperti berhabuk kebod ini ditinggalkan macam setahun.. mungkin kerana aku menggunakan sepenuh masa bercuti dirumah.. menemani ibu dirumah dikala yang lain-lainya sibuk dengan hal yang macam-macam.. menjadi tukang masak kontrak seminggu.. tak sempat kemana pun sangat.. belajar memandu dibawah perintah jepun selama 4 hari.. konon membuat persediaan sebelum test jpj beberapa hari lagi..
perjalanan pergi dah kembali agak memenatkan.. menaiki air asia tak semudah dulu.. kerana terpaksa berlepas dari low cost carrier terminal sebelah klia je.. tapi jalan ke sana macam keliling sempadan selangor je.. dan terminalnyer mmg low cost la sangat tapi still airport tax naik 50 hengget.. sampai jejak airport kuching still membebel tak puas hati.. nasib baik ade teman balek.. dan a bit happy sbb airport kuching dah cantek.. maklumla nak pilihanraya.. perjalanan balek plak lagi penat sebab jisim beban muatan dua kali ganda muatan balek..
baru tersedar tak makan ape pun sangat sejak dari rumah tadi.. balek langsung mengemas apa yang patut.. biaserlah sebelum balek mesti xde selera nak makan walaupun lapar.. macam lebih suka lapar daripada kenyang.. teringat nasik ayam yang dimakan dikampung ayah sabtu yang lalu.. menemani ayah membuang undi dikampung halaman.. jangan tanyer aku balek kampung utk mengundi ke? mase beli tiket aku tatau pun tengah pilihanraya kat sarawak.. hehe.. kembali ke sana tiada sangat yang berbeza.. cuma jumlah ekor kucing berkurangan.. mungkin mak berpendapat pusat penjagaan kucing lebih baik utk mereka.. i miss my samdol very much.. dan si kontot pun tak kurang comelnyer.. 2 ekor kitten penyambung generasi kucing dirumah kami..
ibu: sekarang ni bape orang duduk serumah dengan ko?
aku: 6 orang
ibu: yang dah kawen tu yang mane?
aku: die dah pindah putrajaya, ade member lain ganti tmpt die..
ibu: seme tu dah ade pakwe ke?
aku: er.. adela sorang single lagi
ibu: tu termasuk ko ke?
aku: terdiam jap (ni soklan ape ni?) tut.. tut.. tut.. (jawapan terpaksa dirahsiakan)
haha aku semakin suka dengan ketidak pastian in.. biarlah rahsia.. (pinjam jap siti ek)
aku juga mempelajari beberapa perkara sekembalinyer ke sane.. ada kepercayaan yang aku masih belom dapat rupenyer.. dan masih dilayan tak serupa remaja yang berumur 24 tahun.. ermm.. perlu ke menerima hakikat atau aku perlu melepaskan tali itu agar aku dapat memandu sendiri arah layang-layang hidupku.. dan untuk memandu sendiri pun perlu meminta kebenaran.. perlukah? whatever happen pun aku pun berhak menentukan arah hidup sendiri.. tanpa perlu melukai hati orang lain.. sebabnyer? hati ini pernah terluka.. dan bercakap mengenai luka.. ada perjanjian yang masih tidak dilupakan.. dan kepada 'dia' yang membacanya.. berdiam diri takkan mengubah apa-apa..
05.22.06 (1:45 am) [
edit]
kepulangan..
pulanglah saya akhirnya ke kampung esok pagi.. kepulangan yang dinanti.. jangan rindu saya ok? saya mungkin juga akan merindui kamu semua.. kejap je tak lama.. seminggu je.. bukan setahun.. kepulangan ini mengubat kerinduan keluarga disana..
kepada hosmet saye sila jaga rumah lek lok.. rajin-rajin kemas rumah sepeninggalan saye..
kepada opismate saye.. buat keje lek lok yer.. jangan balek lewat2 malam.. hehe..
kepada fid.. sorry tak sempat jumpe sblm balek.. selamat balek kampung juge..
kepada enchek yuseri.. jangan boring2 yer.. akak kucing ade..
kepada enchek anip.. semoga cepat sembuh.. hati-hati membuat kerja..
kepada enchek eton.. selamat mandi air panas.. jangan over2 ok?
enchek teh juge.. hati-hati memandu enchek ikan.. kenang daku dalam nasik lemakmu..
tak lupa kepada enchek redz.. selamat membusykan diri.. jangan lupe balek kampung..
blogger enchek reza dan izar.. jangan biarkan blog anda dihantui lalang.. hehe
atokku juge.. jangan suke main misscall..
enchek ajuinc juge.. yang dah biaser ditinggalkan.. dok diam lek lok dengan akak teh yer..
saya akan kembali pada 21 mei.. tungguuu..
05.13.06 (1:14 am) [
edit]
kecewa..
kecewa.. tapi cuba menerima hakikat..
kecewa.. dan cuba memujuk diri
sedey.. bila apa yang diinginkan hanya tinggal harapan..
sedey.. sebab diri ini terlalu teruja..
xpelah.. :)
05.11.06 (4:05 pm) [
edit]
tazkirah sahabat...
Bersahabat memang best tapi ramai yg mula-mula jadik sahabat, lelama jadik muksibat. Apapun pilih lah yang terbaik dari apa yang terjadi dalam hidup ini. Tuhan tau apa yang baik untuk hambanya.
Kalau kita terus menerus menipu orang hentikan perbuatan tuh. Kalau kita terus menerus buat maksiat pun hentikan cepat sebelum kita tak sempat bertaubat. Hidup didunia nie memanglah mcm dalam syurga kalau kita tak ingat dosa dan pahala. Tapi kita juga ada agama, mudah untuk difahami tinggalkan yang dilarang buatlah apa yang disuruh. Yang tak disuruh tinggalkan lah. Syurga dunia tak akan kekal abadi. Syurga yang hakiki menanti kita. Fikir-fikirkanlah...
Nasihat al-Qamah:
Lima cara pilih sahabat
Nasihat yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya. Dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).
Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
..dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."Ketika segalanya menjadi sesuatu yang tidak masuk akal dan kau merasa tertekan... Allah bersamamu untuk menenangkanmu...
Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.. Allah sudah menghitung airmatamu.
05.11.06 (11:00 am) [
edit]
3 days to go..
lagi 3 ari nak balek kuching.. 13-21 mei.. blog ni pun akan cuti seminggu.. hehe.. sape nak pesan habaq awal.. sertakan dengan duit sekali yer.. jangan pesan pakai air liur je.. at least kasi deposit bulu salut emas ke.. hehe.. barang yang boleh dipesan adalah selain gambir dan pokok kayu balak.. nak banyak agak-agakla.. kang aku charge dabel.. dahle kene turun kat low cost terimal air asia.. nak pesan sms.. lambat.. pi beli sendiri.. ok?
comei dak? aku rompak dari myspace sape tah.. yang penting kitten ni comei gile.. waduh biasa buat tak lena tido malam woo..
05.10.06 (3:47 pm) [
edit]
parok gagak hitam..
kebelakangan ini terasa diri suke mengeluarkan ayat pedas dan parok walaupun tak berniat.. tiada unsur jaga hati.. mungkin aku perlu mengurangkan percakapan buat sementara waktu.. hurmm..
diopis bibit kebosanan melanda.. ngantuk tiada.. clipart forever buat separuh hari baru siap satu.. lagu siti dah ulang sejuta kali.. pun.. menunggu ketibaan auntie mari bersama troli ajaibnyer.. rossa pun dah penat menyanyi.. hurmm..
05.09.06 (3:17 pm) [
edit]
weekend..
weekend yang agak busy juge.. with my social life.. yup.. 5 days a week working i need 2 days break.. xdela berjimba-jimba sangat.. tapi meluangkan masa melayan kengkawan yang jarang dijumpai.. juga menyambung kelas pemanduan yang hampir memuaskan.. yakah? waktu untuk saya terbang pulang sekejap hampir tiba.. semoga 8 hari berada disana bermakna buat saya..
05.08.06 (1:28 am) [
edit]
jumaat..
saya aneh.. juga hairan..
kebelakangan ini sangat mengantuk non-stop..
apa yang aku makan? aku tak tertelan pil tido or any drugs..
juga tidak mengambil ubatan..
tertekan dipejabat kerana kurang tumpuan terhadap semua pekerjaan..
selesma demam aku pun kembali.. mudah sangat dapat sakit ni.. kene pi berubat ni..
oh kampung halaman.. tunggula kepulanganku..
05.05.06 (12:05 pm) [
edit]
sleepy..
sudah dua hari saya terseksa menahan ngantuk dipejabat..
terasa seperti mahu melempang diri sendiri..
ngantuk pagi.. ngantuk tengahari.. ngantuk petang terutamanya..
padahal saya tak makan lunch pun..
adakah kerana kekurangan oksigen dikepala?
alangkah enaknya kalau dapat memeluk sebiji bantal..
zZzzZzzzZzzzzz....
05.04.06 (6:13 pm) [
edit]
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam?
Berapa ramai lelaki yang boleh menjadi imam? Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.
"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya disuruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Sementelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.
"Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.
"Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak.
Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.
Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan menyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.
Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.
"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita ini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.
Ternyata ramai yang menjawap tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.
Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa queen control. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!
05.03.06 (11:31 am) [
edit]
biarlah rahsia
kisah cinta siti.. biarlah rahsie die kata..
Siti Nurhaliza - Biarlah Rahsia
Lagu: Melly Goeslow
Lirik: Siti Nurhaliza
Pernahkah kau bermimpi seketika
berada di tempat ku
membayangkan pahit manis berlalu
entah siapa yang tahu
mungkin nanti kau jua merasakan
berdepan dengan kata menyesatkan
takkan tugumu kebal
tiada pertimbangan
keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiadaku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantasku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
semakin aku hitung dalam cinta
tiada kuasa mampu menghalangnya
hentikan kata-kata bertulangkan dusta
keheningan malam membangunkan
kepayahan jiwa meluahkan
andai kau jujur memahami
tiada ku menjauhi
dan kisahku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
dan kisah ku yang masih panjang
menambahkan berat yang memandang
lantas ku pendam ku putuskan
biarlah rahsia
05.03.06 (1:42 am) [
edit]
selasa kah?
seminggu bekerja tanpa hari isnin memang aneh.. seminggu tanpa isnin menyebabkan jumaat tiba dengan cepat.. 3 hari cuti digunakan berjalan-jalan membawa teman dari seberang menyebabkan seminggu terisi dengan indah.. nothing much to say in this entry.. hari ini tiada perasaan mengantuk.. mata ringan.. mungkin kerana tidur yang cukup? atau regain my energy berjalan-jalan di luar cyberjaya 3 hari lepas secara berturut-turut? atau kerana berjumpa dengan kawan-kawan membincangkan topik yang menjana minda? atau mungkin juga membuka luaskan mata dengan perkara selain yang dikerjakan dipejabat? ermm.. mungkin juga berpuas hati kerana sudah membeli kiriman dari keluarga yang menunggu kepulangan anaknyer ini? :) my mood is in everage level.. trying to avoid anything that can ruin it.. updating myself into normal again.. been better than before.. hehe.. mane pizza yang dijanjikan ni? lapar dah ni.. huhu.. nothing much to say? ermmm.. ingatan yang tak perlu dipaksa ni sedikit sebanyak membahagiakan pikiran.. semoga diri ini tidak lalai dengan rezeki dan ujian sementara ini.. terima kasih Tuhan kerana menguji saya lagi.. saya semakin suka diuji dengan kemampuan pertahanan saya yang sedikit ini.. :)
05.02.06 (10:08 am) [
edit]