jumaat..
"hidayah ibarat cahaya tak menyapa kamar yang tidak dibuka jendelanya"
-faizal tehrani-
04.28.06 (10:34 am) [
edit]
malam jumaat..
perasaan menyambut jumaat seperti biasa.. tidak teruja seperti minggu yang sudah.. mungkin lantaran kesibukan atau memikirkan perkara lain.. dan juga minggu ini minggu yang penat.. hampir 12 jam berada dipejabat memang memeningkan kepala.. harini hampir mengamuk kerana tekanan pekerjaan dikala petang hari dan juga keberatan mata terutamanya mata sebelah kanan.. mengantuk dan juga ketandusan idea lantaran diasak kerja dan asakan masa yang menghimpit.. sudahnya kerja disudahkan dengan tenang juga..
keadaan kesihatan sudah berada di tahap yang memuaskan.. cuma timbul beberapa sakit lain.. bulan dugaan kesihatan dan mental.. ujian mendekatkan aku kepadaMu.. terima kasih atas ujian ini..
04.28.06 (1:34 am) [
edit]
please remind me..
Sahabatku..
Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dengan amaran-amaran Allah SWT,
Jika aku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn terbiyah Pencipta,
Jika aku lemah tak berdaya, ingatkanlah aku dengan kehebatan Syurga,
Jika antara kita ada tembok pemisah, ajaklah aku meleraikannya segera,
Jika pernah hatimu terluka disebabkan daku, luahkanlah agar aku mengubah diriku,
Semuanya kerana ukhuwah kita untuk selamanya....
04.27.06 (12:40 am) [
edit]
selasa..
harini hari apa dah lupa..
oh selasa rupanya.. dan khamis lusanya
bekerja lebih masa.. penat tak terkira..
otak letih badan je dapat rasa..
ngantuk.. tido tunggu masa..
esok perlu bekerja semula..
selamat malam dunia..
04.26.06 (12:30 am) [
edit]
...biar waktu merawat segalanya..
terlajak perahu boleh diundur balek..
(eh.. perahu ade gear reverse ke?)
terlajak kereta.. bleh undur balek..
terlajak kata.. telan jek la kata-kata tu..
dan perasaan di saat ini.. seperti hendak berlari pulang ke rumah..
keputusan itulah yang terpaksa diterima..
walau hati duka merana..
tetapi istimewanya dia tetap sama..
semoga tiada dendam antara kita..
kerana kita percaya Allah mempunyai plan untuk hambaNya..
biarlah waktu merawat segalanya..
04.25.06 (2:37 am) [
edit]
:)
Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu kemanisan....
-- al_qia
disaat ini melalui keadaan yang agak sukar dalam hidup..
cuba menilai diri dengan prinsip yang dipegang..
antara ketegasan dan kelembutan,
antara ambil berat dan ambil tahu..
antara kasih dan kasihan..
antara sayang dan cinta..
antara pasrah dan rindu..
antara air mata dan derita..
antara ego dan prinsip..
dan antara sahabat atau kekasih?
semoga Allah mempermudahkan segala urusan hidupnya.. dan dimurahkan rezeki sentiasa..
maafkan diri ini atas hukuman yang terlalu kejam itu..
04.23.06 (9:05 pm) [
edit]
iklan..
04.22.06 (4:02 pm) [
edit]
jumaat..
segala-galanya disekat..
lagu yang sama diulang sampai muntah..
pekerjaan menjadi semakin tabes..
busan.. dan agak tertekan..
ermm...
04.21.06 (10:49 am) [
edit]
malam jumaat...
(sedang memasukkan baju-baju di dalam mesin yang mengandungi air berisi buih sabun)
teh: ju basuhkan la baju aku skali
aku: takleh.. baju takleh campo.. nanti bau lain..
teh: yela.. aku taula baju ko wangi.. baju aku busuk..
(gelak)
aku: lagi?
teh: kau bunga, aku kumbang..
aku: aku bulan, kau pungguknya
(gelak berdekah-dekah)
teh: kau longkang, aku air longkang
teh: kau bakul sampah, aku sampahnyer
teh: kau baju kurung, aku kainnyer
(gelak lagi)
teh: kau selipar kanan, aku selipar kiri
aku: eh mane bleh sama level.. ko tapak selipar kiri
(gelak)
04.21.06 (2:46 am) [
edit]
selasa tghari..
mata sangat keberatan..
alangkah indahnya berada di atas katil sendiri..
zZzZZzzzZzzz......
pagi ini agar sukar memisahkan diri dari tilam..
mungkin ubat batuk 10ml hasil telanan semalam masih berlegar di dalam darah..
kalau bukan kerna niat nak pegi kerja.. mungkin tilam masih melekat dengan badan..
selimut masih membungkus badan..
dan bantal masih memangku kepala..
dipejabat.. kerja yang diberikan semalam bersambung..
agak huru-hara sebentar kerana pemahaman agak bercelaru dengan perjalanan kerja..
para designer berkeliaran mencari jawapan..
tiba-tiba pekerjaan dibatalkan.. oh apakah ini? suka atau kecewa?
suka kerana tidak perlu memeningkan kepala..
kecewa kerana terpaksa menyambung pekerjaan melekap gambar..
teringat waktu kembali ke kampung halaman semakin hampir..
ermm.. apakah yang menunggu saya disana? hanya Tuhan yang tahu..
04.18.06 (12:52 pm) [
edit]
dugaan..
alhamdulillah dapat menulis dengan waras tika ini..
dengan keadaan kesihatan yang belum memuaskan..
alhamdulillah been better than yesterday..
gelas berganti gelas air suam kosong.. panas di dalam sukar dikeluarkan..
keadaan cuaca melambatkan lagi proses penyembuhan..
hampir dua kali demam dalam bulan ni.. sistem pertahanan badan sangat lemah..
semoga esok hari keadaan bertambah baik..
04.17.06 (2:03 am) [
edit]
tanggungjawab..
dari Abu Hurairah r.a. mengatakan, bahawa Nabi s.a.w. bersabda : "Ketika seseorang berjalan kesuatu jalan, kemudian didapatinya sepotong duri di jalan itu, lalu dibuangnya, Allah berterima kasih kepadanya dan mengampuni dosanya."
bercakap mengenai pentingnya tanggungjawab pada diri setiap manusia semua orang tahu.. semua orang sedia maklum.. tapi berapa ramai yang masih tak sedar tanggungjawabnya setiap hari? tanggungjawab kepada Tuhan, tanggungjawab kepada diri sendiri, orang lain dan alam sekitarnya.. hidup dalam komuniti yang kecil tanggungjawab sesama manusia sangat penting sebab kita memerlukan antara satu sama lain.. saling membantu.. saling memahami dan hidup dalam persekitaran yang sama.. jalan yang kita lalu itulah jugak jalan yang orang lain lalui.. kotor udara disitu samalah kita hidu sekali.. busuk sampah di kawasan pembuangan sampah busuk la sama-sama kita cium..
tak perlula nak cerita kisah diperingkat kebangsaan.. cukupla kisah dalam sebuah rumah yang dihuni beberapa orang manusia yang sudah cukup sifat matangnya.. mempunyai pelajaran yang tinggi.. boleh berfikir mana yang baik dan buruk.. pandai berdirkari kerana boleh tinggal jauh tanpa pengawasan keluarga.. malangnya ada segelintir daripada mereka ini yang bersikap lepas tangan.. mungkin juga bakhil atau hanya mengharapkan keajaiban berlaku. mengharapkan malaikat turun dari langit menyelesaikan masalah remeh temeh yang sepatutnya menjadi tanggungjawab diri untuk melakukannya agar keharmonian, kebersihan dan ketenteraman jiwa dapat dikekalkan dalam sesebuah masyarakat.. iaitu masyarakat kecil seperti yang dimaksudkan tadi..
manusia mungkin lebih bertanggungjawab bila dibayar.. bayangkan seketul sampah yang anda kutip boleh dituntut ganjaran sebanyak seringgit contohnya.. boleh bayangkan tak bersihnya negara kita? mungkin ada yang sanggup mengutip tahi yang dikatakan sampah untuk seringgit? mungkin juga sampah masyarakat boleh dituntut cagaran sebanyak seratus ringgit? rancangan malaysia ke 10 nanti bolehlah diadakan subsidi untuk ganjaran mengutip sampah..
tanggungjawab yang dibayar bleh menjadi tanggungjawab sahaja dengan adanya kesedaran.. tidak perlu keihklasan,. ganjaran keikhlasan hanya Allah yang tahu dan mampu memberinya.. mengutip sampah dan membuangnya di dalam toong sampah tanpa ikhlas adalah sama dengan perlakuan yang sama dilakukan dengan ikhlas.. hasilnya lantai tetap bersih.. apa yang kita nak adalah hasil dan bukannya bagaimana kita melakukannya..
cuba anda bayangkan jika di kawasan perumahan anda lori mengutip sampah tidak menjalankan tanggungjawab yang dibayar kepadanya? sanggup ke menahan bau busuk sampah yang anda hasilkan sendiri? selama ini 'takpe.. esok lori sampah datang kutip sampah' apa yang anda harapkan pada keesokkan harinya tong sampah anda telah kosong dan bersih.. daun-daun dan sampah yang bersepah ditepi jalan akan dibersihkan oleh tukang sapu sampah dewan bandaraya.. tandas awam akan dicuci oleh pencuci tandas dengan 30 sen yang kita bayar sekali masuk.. semua ini adalah tanggungjawab mereka.. yang dibayar.. dan yang menghasilkan pekerjaan kepada sesetengah orang.. inilah perkhidmatan namanya..
perlukah perkhidmatan tadi didalam komuniti yang dimaksudkan awal2 tadi? komuniti yang melibatkan perhubungan persaudaraan atau teman2 sahaja? tanggungjawab bersama itu dinamakan tolong menolong dalam menguruskan kehidupan seharian.. 'biarkan meja tidak dilap.. kejap lagi Temah yang rajin mengemas tu bersihkan' 'tak payahla buang sampah tu.. dah lambat nak pegi keje ni.. esok2 adela org buangkan tu..' 'tak perlu sapu rumah.. weekend nanti bersih sendiri la tu' 'xpayahla kemas.. nanti Minah tu kemaskan lagi bersih daripada aku yang kemaskan' 'aku tak retila kemas.. Joyah tu buat kemas lak.. tataula die pakai tangan ape.. tangan emas kot'
bila ada orang yang terlalu rajin.. ada jugakla orang yang memalaskan diri.. bukan malas. tapi sengaja malas.. sanggup hidup dalam keadaan yang kotor.. sepah.. dan mungkin dah biasa.. maka dengan ada orang yang bersikap seperti ini peningkatan kos hidup semakin bertambah.. budget bulanan semakin bertambah kerana lebih rela mengupah orang daripada melakukannya sendiri.. tidak mampu? maka hidupla dalam keadaan yang tidak sempurna dan memaksa diri untuk menerima hidup ini seadanya..
baca, fikir dan faham.. tak faham tanya diri sendiri..
ditulis oleh: ajurina
04.16.06 (7:24 pm) [
edit]
awek cun..

awek cun mane tah ni aku grafikkan.. sorry la dik.. amek tanpa kebenaran lak.. hehe.. dok belek-belek myspace tibe-tibe nampak gambar awek cun.. saje je test skill.. bosan buat clipart border sampai takdak idea.. arini kol 3 petang baru kasik keje.. dengan keadaan yang tak sihat.. batuk.. gatal anak tekak.. bersin dan demam.. panas di dalam sejuk diluar.. terasa seperti nafas naga.. bezanya tak kuar api je.. pil panadol 2 bijik telan tahan sakit pun tak ngantuk.. 2 liter air abis dibedal dan menyebabkan aku kuar masuk toilet tujuh belas kali.. kalau tak silap aku la.. eh tipu je kot..
tatau lak nape sejak due menjak ni kuman demam suke kat aku.. sistem pertahanan badan goyah la ni.. pun sempat gak layan char kueh tiow abang botak sri kembangan yang selalu diimpikan oleh teh sebagai dinner.. dan tambahan burger yang dibeli sebagai makanan tambahan jika masih lapar.. lupa seketika dengan kesakitan demam yang dialami.. oh sesungguhnya demam ini sungguh penat.. dan saya memerlukan sesuatu untuk melupakan kesakitan ini.. terima kasih Tuhan kerana menguji saya..
04.13.06 (4:12 pm) [
edit]
amek dr blog reza..
A - Available?: not available and not looking for now
A - Age: 24 tahun lagi 3 bulan
A - Annoyed me: whoever stand cross my way
B - Best Friends: as many as i can have
B - Books: lately not a single full page i've read
B - Birthday?: 820709
C - Celebrity Crush: keanu reeves
C - Car: lepas dapat lesen
C - Cat: love them very much
D - Date Today: wednesday, april 13, 2006
D - Dialled numbers: baki kredit
D - Dog: haram
E - Easiest person to talk to: myself
E - Eggs: omlette
E - Email: ajurinaatgmaildotcom
F - Favorite colour(s): blue
F - Food: masakan sendiri
F - Foreign Language(s): bahasa sarawak
G - Gummy Bears or Worms: definitely not worms
G - God: Allah The Almighty
G - Good Time: sleeping time
H - Hair Color: black
H - Height: 5' 6"
H - Happy: sometimes
I - Ice Cream: sometimes
I - Instrument: learning guitar
I - Illness: megren
J - Jewelry: a watch and a necklace since a few months old
J - Job: mouse clickers
J - Joke: make jokes.. laugh with no reason
K - Kids: yang bersopan santun dan mendengar kata sahaja
K - Karate: looks can kill.. err i mean padangan mata boleh membunuh..
K - Karaoke: once upon a time i had a microphone
L - Longest Car Ride: bintulu - kuching
L - Longest Relationship: malas nak ingat
L - Longest Hair Lenght: can't remember
M - Milk Flavor: vanilla
M - Masturbation: honestly no
M - Movie Last Watched: gubra.. just a few hours ago
N - Northern or Southern State: North
N - Number(s): 7 and 9
N - Name: ajurina
O - One Wish?: a house
O - One Phobia?: deep water
O - Otter Pop: tengah bukak kamus
P - Pets?: cats
P - Part of your Appearance you like best: cheek
P - Part of your Personality you like best: cold and cool
Q - Quote: tak kenal maka tak cinta.. dah kenal tak semestinya bercinta
Q - Question for the person who read this: are you agree with me?
Q - Quick or Slow: not too fast
R - Reason to smile: something fishy is going around
R - Reality TV Show: AF
R - Right or Left: right
S - Song Last Heard: dewa - selimut hati
S - Season: autumn
S - Sex: female
T - Time you woke up: 1 hour before office
T - Time for bed: anytime if i wanted to
T - Talkative?: yup
U - Unknown Fact about me: will be stay unknown
U - Unicorns?: food gak lah
U - Understand who you need to be?: hmmm???
V - Vegetable you hate: tauge!
V - Vegetable you love: cabbage
V - View on Politics: not interested but keep updating info
W- Worst Habits: eh donno!
W- Where are you going to travel next?: city of cats
W- What's the closest thing next to you?: a glass of water
X - X-Rays: can't remember
X - X-Rated Porn: uncut scene in movies
X - X-xtra special someone: cats
Y - Year you were born: 1982
Y - Year it is now: 2006
Y - Yellow?: am i blind?
Z - Zoo Animal: sounds cool
Z - Zodiac: cancer
Z - Zoolander?: eh?
04.13.06 (2:03 am) [
edit]
rabu petang..
Dewa 19 - Selimut Hati
Aku kan menjadi malam-malammu
Kan menjadi mimpi-mimpimu
Dan selimuti hatimu yang beku
Aku kan menjadi bintang-bintangmu
Kan slalu menyinarimu
Dan menghapus rasa rindumu yang pilu
Aku bisa untuk menjadi apa yang kau minta
Untuk menjadi apa yang kau impikan
Tapi ku tak bisa menjadi dirinya
Aku kan menjadi embun pagimu
Yang kan menyejukkan jiwamu
Dan kan membasuh hatimu yang layu
Tinggalkan sejenak lalumu
Beri sedikit waktu kepadaku
Tuk meyakinkanmu
Aku kan menjadi malam-malammu
Kan menjadi mimpi-mimpimu
Dan selimuti hatimu
04.12.06 (6:36 pm) [
edit]
:(
saya sakit tekak..
sejuk..
saya demam :(
04.12.06 (3:44 pm) [
edit]
lawak rabu..
Alhikayat, dalam sebuah hutan ada seekor badak sumbu dan seekor monyet. Mereka ni memang tak pernah baik, selalu jer bertengkar.. Pada suatu hari, sedang mereka bertengkar, mereka terjumpa sebuah pelita ajaib. Dipendekkan cerita, setelah digosok,keluarlah seorang jin. Jin itu setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua2 menatang itu.
Permintaan 1 Badak : Saya mau semua badak sumbu di dalam hutan ini adalah betina, kecuali saya...hehe.
Permintaan 1 Monyet : Saya mau sebuah motor Harley Davidson
Jin tu kelip mata, bling... semua badak lain kat situ jadi betina, pastu ada sebuah Harley Davidson 1300cc warna hitam...
Permintaan 2 badak : Saya mau semua badak sumbu kat negeri pahang ni betina kecuali saya.. hehe
Permintaan 2 monyet : Saya mau jaket kulit hitam dengan helmet Shoei
Jin tu kelip mata lagi, bling... semua badak di pahang dah jadi betina, dan monyet tu pun dapat barang2 mat motornya tu..
Lepas tu jin tu kata "Ini permintaan terakhir kamu, pikirlah dengan baik2"
Badak tu pikir sejenak lepas tu kata "Saya mau semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr... kecuali saya".
Jin tu pun kelipkan mata and then bling... maka tinggallah badak tu satu2nya badak jantan satu Malaya nihh..
"Hah monyet, awak nak apa pulak.. kasut boot kulit ke?" tanya jin.
Monyet tu memakai helmetnya, naik atas motor Harleynya, start enjin, kemudian melihat pada badak yang tersengih lebarr tu, "Saya mau badak tu jadi GAY"
Jin tu pun kelipkan mata, bling.... Maka meraunglah badak sumbu tu. sepuas2nya.. "Mana aku nak cari badak jantan ni nyah... ish.. tak kuaassa nyah""
Moral: Jangan kawan dengan monyet
04.12.06 (1:28 pm) [
edit]
sik ingat ari apa..
lamak juak sik nulis dalam bahasa tok.. camney boleh dapat idea aku pun sik tauk.. mungkin dah lamak gilak sik balit rumah kali.. sekda orang juak mok di kelaka.. ngan sue jak la mun di opis.. sib bait ada orang juak boleh dikelaka.. mun sik alu lah ilang kelakanya.. jadi orang sitok jak.. balit rumah abis kenak anok.. haha aritok cuti cam ari minggu jak.. sambong belaja mbak kereta.. dari pagi tadik sampey tengahri.. kepak juaklah.. baruk rasa giney kepak orang mbak moto.. sik banyak belaja.. tapi susah juak mbak nait bukit.. penin palak.. dahya balit rummah lekak smayang elma ajak teman pegi klenik mmu.. alu ngajak makan rah kedei pakcik sirah.. lamak dah sik makan sia.. skali pegi tutup semua.. alulah makan rah hassan jak.. dahya balit rumah cam biasa la aku ngan hobi aku.. sempat juak nesah baju sambel masak aik.. basoh tapak.. cetting juak skali.. dahya nang sekda orang rah rumah.. lek jak la.. sempat juak naggga lost.. kupak pusuk juak pakey molah sambal mbak ke opis isok.. teket nang dah kompom.. nak madah sik saba nak balit sik juak la..
*no translation available.. :)
04.12.06 (12:16 am) [
edit]
isnin tengahari..
Britney Spears - Sometimes
You tell me you're in love with me
That you can't take your pretty eyes away from me
It's not that I don't want to stay
But everytime you come too close I move away
I wanna believe in everything that you say
Cuz it sounds so good
But if you really want me, move it slow
There's things about me you just have to know
Chorus:
Sometimes I run
Sometimes I hide
Sometimes I'm scared of you
But all I really want is to hold you tight
Treat you right, be with you day and night
Baby all I need is time
I don't wanna be so shy, uh-uh
Everytime that I'm alone I wonder why
Hope that you will wait for me
You'll see that, you're the only one for me
I wanna believe in everything that you say
Ah cuz it sounds so good
But if you really want me, move it slow
There's things about me, you just have to know
Chorus
Just hang around and you'll see
There's no where I'd rather be
If you love me, trust in me
The way that I......... trust in you
Chorus Twice
All I really want is to hold you tight
Be with you day and night (fade...)
* lagu ini tidak ditujukan buat sape-sape.. :)
kewl.. esok cuti.. menyambung kelas pemanduan..
hari isnin yang sungguh kebosanan tahap boring..
sudah afternoon.. oh cepatlah pukul 6 ptg..
supaya saya boleh pulang ke rumah..
04.10.06 (2:01 pm) [
edit]
isnin..
pengembalian yang pasti.. sudah pasti..
itu yang aku tau.. seingat aku.. dan memang..
itu lah.. dah terjadi yang pasti.. hanya menunggu..
ditunggu dan penantian itu akan berakhir..
oh sungguh gembira hati ini.. hilang gundah berminggu yang lalu..
ok.. citer lain lak..
weekend tanpa internet.. tapi ditemani teman dari jauh..
rindu terubat.. cerita bertukar tanpa henti..
sempat bergelak ketawa bersama sid the sloth..
juga hobi mengemas yang dilakukan dengan jayanya..
oh dan juga kelas pemanduan yang seronok..
pagi isnin yang indah..
berbaju kurung hijau.. usually..
dan agak lewat ke opis..
dah boleh agak apakah pekerjaan arini..
sehingga sempat menulis blog dipagi hari..
mende pertama running is meebo.com..
cek workbox.. oh ade 1 atvaldiation.. eh suppose dan settle last friday kan?
cek 4 account emel.. cek blog comments..
bace blog org.. bace utusan..
pagi2 agak ruin mood bile bace blog org tu.. ermm..
semoga isnin ini semuanya baik-baik saja.. :)
04.10.06 (11:01 am) [
edit]
friday..
busy afternoon..
"In whatever you do, say what you mean, and mean what you say. Don't give hope to other people and in the end crush them as though they mean nothing to you"
please tell me if i did that to you..
04.07.06 (3:44 pm) [
edit]
mudahnya menjadi muslim..
Mudahnya menjadi muslim, namun... kita sendiri yang menyukarkannya. Jika kita berfikir sejenak, mudahnya menjadi muslim...namun...
# Anda perlukan cuma lima minit untuk solat subuh sedangkan anda boleh meluangkan masa sejam bersiap ke pejabat atau ke tempat belajar...
# Anda hanya perlu 2 saat untuk memberi salam kepada ibu bapa,guru² & rakan² sedangkan anda memerlukan 3 minit untuk memakai kasut...
# Anda hanya perlu 5 minit untuk memakai tudung atau jilbab sedangkan anda boleh meluangkan masa sehingga 20 minit untuk mendandan rambut...
# Anda hanya perlukan 15 minit untuk menunaikan solat Zohor sedangkan makan tengahari 1 jam 15 minit...
# Anda hanya perlukan 15 minit untuk solat Asar berjamaah tetapi anda luangkan masa bergayut di telefon selama 2 jam...
# Anda hanya perlu 15 minit untuk membaca Al-quran, tidak selama menonton tv,& cd...
# Solat maghrib 7 minit tetapi cerita cina 1 jam...
# Hanya 2 saat untuk mengucapkan salam dan kasih kepada ibu bapa, atau rakan-rakan sedangkan kadangkala perbalahan dengan mereka boleh melarat hingga 20 minit...
# Anda hanya perlukan 5 minit untuk menatap sepotong hadis Rasulullah SAW walhal anda sanggup menatap majalah atau surat khabar selama 60 minit...
# Anda hanya perlu 20 minit untuk solat Isyak sedangkan anda perlukan 40 minit untuk bersiap tidur atau sanggup menonton wayang lewat malam...
# Sedangkan anda hanya perlukan 2 saat untuk kalimah syukur....
Renunglahhh.....
04.06.06 (10:01 am) [
edit]
tentang seseorang..
sorry la yus.. aku tiru ko tulisl irik lagu ni.. hehe
Teruntukmu Hatiku
Inginku Bersuara
Merangkai Semua Tanya
Imaji Yang Terlintas
Berjalan Pada Satu
Tanya Slalu Menggangguku
Seseorang Itukah Dirimu Kasih
Kepada Yang Tercinta
Inginnya Ku Mengeluh
Semua Resah Di Diri
Mencari Jawab Pasti
Akankah Seseorang
Yang Kuimpikan Kan Hadir
Raut Halus Menyelimuti Jantungku
Cinta Hanyalah Cinta
Hidup Dan Mati Untukmu
Mungkinkah Semua Tanya
Kau Yang Jawab
Dan Tentang Seseorang
Itu Pula Dirimu
Ku Bersumpah Akan Mencinta
04.05.06 (12:56 pm) [
edit]
lain orang lain jalannya
http://ahmadzombie.com/April 4th, 2006
Lain orang lain jalannya. Walaupun rambut sama hitam (bagi melayu yang bukan albino) namun setelah diwarna-warnakan pasti akan berubah, begitulah jua hati. Yang tuhan lihat adalah bukan warna rambut yang diwarnakan atau tidak tetapi hati kita jualah yang menentukan sama ada sebiji banglo di taman jannah atau rumah setinggan di jahannam.
Dulu - dulu saya yang bukan orang “masjid” sering mempertikaikan statement percintaan “kita bertemu kerana Allah, kita berpisah jua kerana Allah”. Terasa nak muntah sahaja. Kalau kau dah suka dan terasa nak bercinta, tak payahlah nak guna nama tuhan. Kan senang cakap aje I luv u. I suka kat u. I tak boleh tidur kalau tak jumpa u…. I rasa nak romen je bila jumpa u, jom lah kita kawin. (wallahualam)
Maka mungkin dari pemikiran yang cetek jualah saya menafsir secara skeptis, kenapa perlu memasukkan nama tuhan atau menggunakan nama tuhan untuk bercinta. Tidakkah ia satu senjata yang memalukan ?
Lagi juga ramai pula manusia bertopengkan islam dalam memenangi wanita wanita solehah yang mudah amat cair dan terpegun melihat kewarakan sesetengah dari mereka. Well, bukankah lelaki yang berpendidikan agama sahaja investment yang paling baik buat diriku yang lemah dan harus dipimpin ini? Disebabkan kau lemahlah itu maka sebab itu kau memilih untuk dipimpin orang-orang sebegitu. Apabila memilih jodoh, jangan kerana secara fizikal sahaja kita sudah membuat keputusan dengan melupakan tuhan. Dimana perginya istikharah yang paling simple? Di akhir cerita apabila syaitan membuka topengnya maka siapa jualah yang merana? (1)
Itu adalah antara siri tentang “ukhwahfillah&rdquo ; zaman universiti yang berpacaran, dimana Adam sudah bersedia mendampingi Hawa. Namun dewasa kita hari ini harus memperluaskan atau memperbetulkan konteks “bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah”.
Sebenarnya, bukan setakat bertemu awek sahaja kerana Allah. Berbuka puasa di Taman Warisan juga kerana Allah. Melihat Honda City baru juga kerana Allah. Bangun tidur juga kerana Dia, bersenam, gosok gigi, mencari rezeki, taip surat dalam words, browse yahoo club , semuanya adalah kerana Dia. Tak percaya? Maka kita lupa janji kita yang kita ulang - ulang dalam solat, dan kalaulah kita berjanji. (2)
Dan bagi kita yang sering tidak berpuas hati dalam hidup ini, macam mana pula semuanya kerana Allah sedangkan semuanya yang aku buat adalah untuk aku sendiri? Melihat Honda City baru sebab aku yang nak beli. Taip surat dalam words untuk boss aku. Browse yahoo club sebb aku nak baca mesej takpun nak tulis skandal baru. Aku beli magazine ni sebb aku yang nak baca. Aku kerja penat - penat, overtime sabtu ahad, mestilah aku naik pangkat. Dapat bonus.
Maka macam mana pula semuanya adalah kerana Allah pula sedangkan yang bernafsu adalah kita. Bukan Allah. Kita yang bernafsu, kitalah yang berkemahuan. Kita jualah yang berkehendakkan sesuatu.
Sesunguhnya di dalam duniawi ini tidak ada apa - apa jualah yang menjadi kepunyaan kita. Jika tidak Allah berikan daya, tidak dapat kita bangun dari tidur yang panjang. Jika tidak Allah beri nyawa, tidak dapat kita bertemu dengan kekasih dunia kita. Jika tidak Allah berikan sakit kepada kita, tidak dapat kita merasakan nikmat kesihatan. Jika tidak Allah berikan nafsu, masakan pula kita terasa nak membuat “sesuatu”. Begitulah dan sebagainya.
Semuanya adalah “loan” dari Allah, dan “installment” jua yang harus kita bayar kepadanya. Dan jika hanya “installment” yang dibuat adalah cuma 10 minit x 5 kali sehari (kalau 10 minit)…. bayangkan memang terkangkang-kangkanglah kita nak buat “installment” , maka betulah kata seorang sahabat bernama Ubai -
“tidak tertunai walaupun kita sujud untuk berbilion jumlah bintang di angkasa”
So, the least thing that we can do is : to divert every each and single things or every second we have to god, the creator of all life.
Semuanya harus berpaksikan, atau berlandaskan, atau menuju kepadanya. Perjalanan ini adalah bersamaNya, dalamNya, dan kepadaNya. Kerana sesungguhnya quote yang paling famous antara kita bila tiba satu kematian… “dari dia kita datang, dan kepada dia kita kembali.”
Sebab itu jugalah semasa kita kecil-kecil dahulu, mak ayah selalu pesan, nak buat apa - apa, baca bismillah. Nak makan, tidur, baca buku, naik basikal… baca bismillah.
Dan apabila besar panjang dah tua berjanggut macam kita hari ini, bukan setakat bismillah sahaja yang perlu kita baca, tetapi pengertian di sebalik 19 kalimah ini adalah, “dengan namanya aku memulakan segala sesuatu”. Semuanya yang kita buat patut secara basisnya dimulakan dengan namanya, secara hikmah nya adalah supaya semua yang kita buat adalah kerana dia. (3) Bila semua yang kita buat sudah memang kerana dia, maka tak payahlah lagi sebelum makan ke apa nak baca bismillah. Baca bismillah cerita budak tadika sahaja. Cerita yang lagi dalam yang harus kita cari. Bukan cerita surface lagi. Lagi difikir logik, kalau baca novel german, tapi tak faham maka apa gunanya?
Dari janji tuhan, apabila semuanya kerana tuhan, barulah semuanya yang kita lihat dan kita rasa, indah belaka. Tidak ada lagi marah - marah. Atau benci. Atau sangsi. (4)
Kalau kita bergaduh dengan awek, oh ini kerana Allah ingin mengujiku. Atau kerana Allah ingin menyedarkan aku.
Kalau kita dimaki boss, oh ini kerana Allah mahu aku kerja lebih rajin supaya aku boleh fired boss aku, dan aku jadi boss.
Kalau kereta kita asyik rosak atau buat hal, oh.. ini kerana Allah suruh kita beli kereta baru. Bila nak kena beli kereta baru, kenalah ubah disiplin diri. Kenalah berusaha lebih gigih. Bila usaha gigih kerana Allah, Allah for sure bagi kereta baru - lambat atau cepat sahaja. Bila dapat kereta baru pulak janganlah rasa kejayaan itu sebab usaha diri sendiri. Tapi kejayaan itu Allah yang beri sebab dalam apa jua state masalah atau kesenangan, semuanya kita ingat dia.
Kalau apa juapun dikaitkan dengan Allah, maka memang mudahlah perjalanan kita didalam dunia ini.
Kita bukan berjalan seorang diri. Kita berjalan bersamaNya. It is not only a journey to Him but a hourney with, within Him!
Maka kesimpulannya adalah, jangan mempermainkan nama tuhan dalam cerita cinta jika niat kita adalah bukan keranaNya. Jangan berjanji insya Allah jika niat kerana dunia. Insya Allah lah kamu takkan dapat apa yang kamu nak buat itu kerana tiada ikhlas. Kalau dapatpun mungkin tiada berkat.
Juga, atas segala musibah dan masalah yang melanda, sesuatu yang harus diubah sama ada perspektif point of view dalam me-revise atau meningkatkan sesuatu nilai ? Kita yang minum air cincau, maka kitalah yang merasakan kecincau-annya. Bukan adik kita, juga bukan jiran kita. Kecuali kita duduk waktu berbuka didalam satu table dengan jiran dan adik kita, kita membaling plastik cincau ke udara dan semua menoleh keatas….
Wallhualam. Atas segala kekurangan saya yang tidak mempunyai apa- apa ni semoga Allah ampunkan saya kerana tulisan yang tak seberapa ini.
***
Bacaan lanjut
(1) Tuhan yang memelihara dan menguasai manusia, lindungi aku dari kejahatan bisikan yang bersembunyi, yang membisikan ke dalam hati manusia, yang dibisikkan oleh jin dan manusia. - rumusan ringkas surah An- Nas 114
(2) Sesungguhnya, solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah kerana Allah tuhan sekalian alam. - Doa Iftitah
(3) kerana kau… ku masih… di sini…. kerana kau… ku bisa menangis… dan kerana.. kau yang menghancurkan… - KERANA, lagu dan lirik M Nasir, nyayian asal Alleycats
04.05.06 (11:21 am) [
edit]
rabu?
kebosanan melanda lagi diopis..
tanpa ym.. tanpa lagu..
tiada arahan detail apa yang perlu dibuat hari ini..
lemah sendi-sendi mengadap monitor..
nescafe buatan auntie mari sudah kalis.. ngantuk.. amat.. sangat.. terlalu....... zZzzZzzzzzzZZzz...
04.05.06 (10:48 am) [
edit]
selasa tghari..
"tanpa keberanian mimpi takkan menjadi kenyataan"
-soal hati-
04.04.06 (1:07 pm) [
edit]
ahad malam..
agak kebizian di tahap hampir maksima minggu ini.. berjalan dengan hati yang rela kerana mempunyai modal yang agak mencukupi.. kesedihan sudah berlalu.. for now.. hopefully.. insyaAllah.. kembali berpijak dibumi Allah.. bumi yang nyata pada pandangan mata.. ohya.. posting yang agak mengelirukan ya? hehe reza some other time i'll tell u.. ermmm..
weekend yang tak terasa pada hakikatnya.. berjalan melihat dunia luar dan memenuhi keinginan hati sejak beberapa minggu lepas.. hampir membatalkan pengembalian ke kampung halaman.. tetapi kerna ayah sungguh memahami keadaan anaknya disini maka sanggup menanggung perbelanjaan kepulangan.. sangat terharu lalu menimbulkan rasa bersalah dalam diri ini.. ermmm..
esok kembali ke opis yang dirindui.. menatap kembali papan bercahaya yang telah dilahirkan semula.. file sumber luar dilarang sama sekali.. oh apakah kebosanan akan bermaharaja lela ketika membuat ads tanpa alunan lagu? harus ke membawa hifi milik teh dibawah meja disudut bilik ini? ermmm..
04.03.06 (1:42 am) [
edit]