jumaat petang
alhamdulillah semakin banyak jumaat berlalu.. anehnya jumaat ini aku berada di rumah.. meraikan jumaat dirumah.. menyetelkan segala hal yang boleh dibuat diluar waktu opis.. kenapa tidak bekerja? oh sangat bersyukur kerana diberi cuti percuma lantaran kuman-kuman degil itu merebak seantero opis.. ketika bos mat salleh yang kachak ala-ala penyanyi westlife itu mengumumkan percutian itu aku bagaikan seperti mengigit askrem moo yang boleh dibeli di mana-mana kedai runcit.. sungguh enak dimakan.. maka kami berkeliaran kegembiraan dan pulang ke rumah masing-masing mencari sesuatu yg boleh menghiburkan diri dengan kenipisan poket dihujung bulan kerna gaji blom masuk lagi.. habis jumaat dinikmati dengan acara kuak lentang di atas katil gaya bebas..
due tige menjak ni kesedihan dapat dikawal dengan baik sekali.. puas menasihati diri dan dinasihati teman.. maka aku mulai belajar menerimanya dengan tenang aman dan damai.. bertindak mengikut kedewasasaan akal pikiran dan menghadapinya dengan kematangan diri.. tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.. hadapi hidup dengan tenang kerana hidup ini indah.. walaupun indahnya sementara.. percayalah berniat baik akan dibalas baik juga.. semoga Allah memberkati segala usaha kita selama ini dan yang akan datang.. :)
hidup ini indah..
03.31.06 (4:56 pm) [
edit]
hujan masih ramai diluar sana.. tapi tak seramai dan sesesak tadi.. siap petikan flash kemre lagi.. siap dengan bunyi.. mesti kodok-kodok dan sepupu sepapat depa suka.. bersorak riang ria bermandi hujan.. alangkah seronoknya.. mesti best kalau dapat join.. lame tak main hujan.. mase kecik-kecik kat kampung mmg suka berpayung dalam hujan.. redah lopak.. carik anak ikan sesat.. tapi zaman skg ni xdapat la nak rase dah.. tengok national georaphic lg best..
tukar channel..
hari-hari diopis buat kerja yang sama.. bile tah job nyer nak masuk.. blasah je asal die baya gaji aku.. tp dr td dok cek gaji tak masuk lg.. haih dah lambat beberape hari nih.. nak bli tiket sampan balek kampung pun tokleh.. ermm.. headphone ni pun dah mintak kene beli lain.. kejap pekak belah kiri.. kejap rase pekak belah kanan.. lagu pun dok ulang yang sama.. busan.. mule lah ni nak mencari benda yang boleh disalahkan supaya ia menjadi satu kesalahan padahal tak salah pun tapi saje nak menutup kesalahan..
tukar channel lagi..
tiada sajak pasal perasaan hari ni.. aku kasi cuti.. penat dan bosan.. dan satu pembaziran masa..tenaga dan air.. eh ape kaitan dengan air lak.. oh air mata.. air liur maybe jugak.. ada apa dengan perasaan.. anugerah Tuhan yang tak ternilai tu jadi isu.. yang membezakan manusia dan haiwan itu juga perasaan.. yang membezakan dengan manusia kejam dan manusia berperkemanusiaan juga perasaan.. hantu dan manusia juga berbeza dr segi perasaan.. erm.. balek umah pk lek lok..
tukar channel mula-mula tadi..
nampaknya hujan dah kurang.. setakat kene ujan sket tak cair lg kulit ni.. rumah pun rindu dah kat aku agaknyer.. terutama dapo.. bilik tayah la.. setiap malam aku tido ngan die.. oklah.. jumpe esok..
03.29.06 (6:15 pm) [
edit]
...
keadaan opis yang agak aneh arini. kerana virus yang melanda network opis, maka kebanyakkannya berkeliaran dengan keadaan huru hara bagai anak kucing kehilangan tuannya. setelah dianalisa maka pc aku salah sebuah yang dijangkiti virus itu. sangat kewl dengan jumlah 42 jangkitan aku lah penternak virus paling banyak? haha mungkin tidak. keboringan mula melanda. internet pun macam biskut cap ping pong. bezanya biskut lg sedap di makan. sang anum bercuti kerana dilanda sakit perut. sang atun kurang pasti kehilangannya selepas lunch. maka aku mula mencipta kerja dengan aksi buat-buat bizi. mendengar headphone tanpa lagu. bersedia kalau bos lalu pura-pura bizi. teh buatan auntie mari yang dah sejuk dipaksa minum. kawan-kawan virtual pun sudah pulang ke rumah. kodok-kodok yang lain menunggu masa untuk bersorak pulang. penat setelah berusaha melarikan pikiran daripada mengingati kesedihan. dan hari ini pikiran hanya terganggu sekejap.
03.28.06 (5:32 pm) [
edit]
itu..
tak terluah oleh kata-kata..
tak tertulis dek mata pena..
tak teruncap oleh kata-kata..
mungkin hanya dengan lirikan mata..
tapi yang hanya merasa si badan tuan empunya..
dah......
usah ditanya..
titik..
03.27.06 (11:26 pm) [
edit]
ahad..
Peter Pan - Jauh Mimpiku
Pernah ku simpan jauh rasa ini
Berdua jalani cerita
Kau ciptakan mimpiku
Jujurku hanya sesalkan diriku
Kau tinggalkan mimpiku
Namun ku hanya sesalkan diriku
Ku harus lepaskan mu
Melupakan senyummu
Semua tentangmu
Tentangku, hanya harap
Jauh ku jauh mimpiku
Dengan inginku
Ku harus lepaskan mu
Melupakan senyummu
Semua tentangmu
Tentangku, hanya harap
Semua tentangmu
Tentangku, hanya harap
Jauh ku jauh mimpiku
Dengan inginku
Semua tentangmu
Tentangku, hanya harap
Jauh ku jauh mimpiku
Dengan inginku
03.26.06 (2:26 pm) [
edit]
j for? jumaat..
hurmm enaknya sup campbell ini..
panas.. berasap.. perisa cendawan..
terasa bersantai khemah di pergunungan sejuk..
sambil menghayati pemandangan kapas-kapas bekejaran di puncak gunung sebelah sana..
eh macam iklan lak.. ok kembali ke alam nyata..
grr.. sejukss.. lemak dibadan tidak terbakar dengan sekata..
atau mungkin ditangan dan tapak kaki takde lemak..
mungkin sejuk hujan pagi tadi menyejukkan lagi jumaat ini..
lagi 10 menet ke pukul 2 petang..
lagi 9 menet kene sambung wat keje..
lagi 8 menet boleh merepek..
lagi 7 menet boleh berkeliaran di opis..
hazo dan farah dan juga carlito cuti..
patutla tiada suara latar kedengaran disebalik lagu nyanyian pemain mp3..
semakin teruja dan suka aku dengan jumaat..
esok sambungan misi minggu lepas harus dilakukan..
ahad mungkin juga..
maka aku tidak akan memberikan masa kepada aktiviti lain..
diharap anda-anda paham..
arini tiada apa nak direpekkan..
darjah kerajinan berada di tahap yang agak memuaskan..
cuma mungkin agak slow sikit.. mode slow.. err.. blurr..
03.24.06 (1:51 pm) [
edit]
cinta Jumaat..
MENYINTAI TIDAK BERMAKNA MEMILIKI
Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaanmu...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya...
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...
Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan...
Menyintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...
Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya... Tidakkah kau sedar...
Mungkin si dia melafazkan...
Ungkapan cinta padamu...
Tetapi hati dan perasaannya...
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung...
Di sebalik sejuta alasan...
Dan kau...
Begitu jujur dan setia menyintainya..
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Menyintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya...
"Aku tidak pernah memiliki dirimu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diriku."
Mengertilah...
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa... Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hambaNya...
Dia memiliki hambaNya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan dikembali......
Perasaan cinta bermula dari mata,
Perasaan suka bermula dari telinga...
Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka...
Umpama kita membuang telinga kita
Tapi jika kita cuba menutup mata
Cinta berbuah menjadi airmata
Setiap orang yang akan mengalami ini dalam hidup mereka,
Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.
Tetapi, hakikatnya
Cinta kepada Allah swt
Adalah lebih hakiki dan abadi
Kasih sayang-Mu Tuhan.
03.24.06 (1:32 pm) [
edit]
...
Ruffedge - Lemas
lemas ku dalam dakapanmu
tidak ku sangka kau tertipu
inikah lumrah orang bercinta
tiada ruang nafasnya
lemas ku dalam pelukanmu
tidak ku sangka kau begitu
inikah ertinya bercinta
berikan ruang agarku selesa
memang dia orangnya
mulanya memang sempurna
tiada yang buruk darinya
bahagia sentiasa dirasa
ohh.. tapi kini dah berubah
yang indah jadi derita
aku resah gelisah
yang tinggal hanyalah sakit dan peritnya
kini aku mula sedari
apa yang telah terjadi
diriku dibebani bayanganmu
tapi itu semua dulu
memang ku tidak mahu
teruskan percintaan ini bersamamu
(bukan kubenci...) kepadamu
(bukan kubenci...) oh watakmu
percayalah kataku... aku rimas, aku lemas
(bukan kubenci...) cemburumu
(bukan kubenci...) kau ekori ku
percayalah kataku... aku rimas, aku lemas
03.23.06 (11:42 pm) [
edit]
pahala yang kita tak nampak..
Sedekah Jariah - Kebajikan yang tak akan berakhir! 1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah.
2. Sumbangkan kerusi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah.
3. Berkongsi bahan bacaan yang membangun dengan seseorang.
4. Bantu mendidik seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berkongsi CD Quran atau Do'a.
7. Terlibat dalam pembangunan sebuah masjid.
8. Tempatkan pendingin air di tempat umum.
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.
10. Berkongsi bahan bacaan ilmiah, ada yang baca atau tidak terpulang kepada anda. Sekadar ingat-mengingati sesama kita agar tidak rugi dikemudian hari -ajurina :)-
03.23.06 (12:33 pm) [
edit]
sekadar berkongsi..
peningkatan taraf hidup..
Umpamanya:
1) dari bujang ---- kahwin No.1 ---- No.2 ---- dll..
2) dari pakai moto kapcai ---- kancil ---- wira ---- honda
3) badminton ---- golf ----
4) rumah sewa ---- rumah murah ---- rumah teres ---- banglow
5) technician ---- supervisor ----- engineer ---- manager...
6) tv 14' ---- 21" ---- 29" ---- home theather...
7) sg danga ---- tanjung leman ---- langkawi ---- hadnyai ---- bangkok.. dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan glamour... mancing kat parit /longkang ---- sungai ---- kolam (bayar punye) ---- laut dalam (sewa bot mewah)......
TETAPI... KITA JUGA LUPA... SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN KITA... DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT ADALAH PEMBERIAN TUHAN...
"ON LOAN"... SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH
"PERSEDIAN UNTUK MATI" Umpamanya:
1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang ---- jadikan amalan....
2) banyak maksiat ---- kurangkan ---- hapuskan...
3) bangi ---- madinah ---- mekah
4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 ---- RM100.00/
5) sembahyang dirumah ---- sembahyang di surau/mesjid....
6) 5 jam sehari menonton TV ---- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU....
7) 3 jam baca suratkabar/majallah/inter net ---- 2 jam majallah/surat khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat, zikir.
8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT. Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL improvement banyak kepada kearah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan AKHIRAT slowly di ketepikan....
Contohnya:
Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur........ Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE... bila tuhan beri kenaikan pangkat & gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita, jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN, BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT. Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan... dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih kurang 40~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya... infiniti... Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya di dunia dan akhirat.
03.23.06 (12:47 am) [
edit]
somebody or nobody?
seseorang atau bukan siapa-siapa?
sama-sama punya perasaan..
'seseorang' atau 'bukan siapa-siapa'
pun punya jasad dan badan..
tak kira siapa adalah 'orang' di hati saya..
anda siapa? adakah seseorang atau bukan siapa-siapa?
perlu punya apakah dihati saya?
yang bukan untuk siapa-siapa.. hanya untuk Dia.. iakah?
saya pasti ke? bukan? atau?
'seseorang' kah atau bukan siapa-siapa saya dihati orang?
apa untungnya saya bermakna di hati orang itu?
pastikah anda saya menghargainya?
pastikah anda saya membalasnya?
pastikah anda saya memerlukannya?
tanya sama hati saya..
ah aku penat dengan belitan sajak ciptaan sendiri..
saja memutarkan lagi perasaan diri yang patut disedari..
sampai muntah memakan diri.. lagi sekali.. membeliti diri..
kenapa ada bakat sendiri tak sedari..
menaip tanpa sedarkan diri..
eh.. lagi?
cukupla sekadar memahamkan sendiri..
anda tak paham tak perlu diri disakiti hati..
meneliti, memerhati dan mengolah persepsi..
kelak jangan bertanya lagi..
takkan diingat walau sampai esok hari..
maaf bukan catatan untuk berterus-terang..
mengajak bersama berperasaan lintang-pukang..
insyaAllah esok hati boleh senang..
cuma perlu kawalan untuk lebih bertenang..
kerana kesakitan ini saya yang mengundang..
dan cuma anda kelak tak perlu bimbang..
Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan.... dia bukan miliku...
Bawalah ia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
03.23.06 (12:31 am) [
edit]
hari ini..
tertekan.. sajak yang kutulis setebal novel cinta lupa dipost lantaran kesibukan kerja dan ke laggingan idea di opis siang tadi.. ngantuk sedikit dan juga serba bosan dicampur sedih yang tidak tahu puncanya tidak dapat disalahkan auntie mari kerana tidak datang ke opis membancuhkan saya secawan nescafe.. juga tidak akan menyalahkan lagi anum kerna menyediakan sarapan pagi untuk dimakan beramai-ramai yang berupa telur goreng dilenyek bersama mayonis.. wah sudah tentu kandungan lemaknya sungguh tinggi dan sistem badan kami perlukan tenaga yang banyak untuk membakar kalori tersebut.. kerusi sudah dilaraskan beberapa kali ketinggiannya, mencari ketinggian yang selesa dan sesuai dengan jiwa kacau saya untuk membuat ads.. kebetulan pagi tadi menaiki enchek bas limaposen bersama enchek teh yang meninggalkan kebas keciknya bersama sang kekaseh.. diopis pekerjaan saya diganggu oleh perasaan yang aneh.. berkhayal.. andai mata ini sebuah laser pasti tembus dua papan nipis bercahaya didepan saya.. tapi apakan daya kornea mata ini hanya dilindungi plastik nipis lutsinar yang membantu saya melihat selama ini.. telinga pula hanya menangkap laungan lagu yang jemu sudah didengar.. terpaksa.. kalau tidak akan tersengih sendiri mendegar hazo membebel mengusik gadis parok gagak hitam disebelah mejanya.. dan penghujungnya hanya dapat menyiapkan 8 ads sahaja untuk hari ini.. pulangnya lewat gak kerna awan hujan menggelapkan lg suasana petang yang hampir malam.. malam hanya bersantai menonton movie yang saya muat turun di hujung minggu yang lalu.. mengubat hati kerna tidak dapat menonton wayang seperti selalu.. esok hari rabu bersamaan 22 march.. dan perasaan baru itu semakin merebak dalam diri.. perasaan teruja untuk pulang ke kampung.. oh maaf! butang enter saya bercuti hari ini..
03.21.06 (11:03 pm) [
edit]
jumaat tengahari..
tak perlu dinyatakan kegembiraan saya menyambut jumaat..
anda mungkin sudah sedia maklum.. hehe
tak perlu jugak menyatakan tahap kesejukan suasana..
yang menyiat epidermis kulit..
seperti ingin memasang unggun api..
tapi dimana mau carik kayu api di padang cyberjaya ni?
sejak due menjak ni keadaan opis agak bosan..
atau aku sorang je yang bosan.. entah..
aku percaya ramai yang merasai kebosanannya..
tengahari jumaat yang agak panas diluar sejuk di dalam..
aku memilih untuk tidak bersiar-siar di opis..
duduk ditempat sendiri adalah lebih baik..
dan telinga sempat menangkap gosip sana sini..
sambil menenangkan kodok-kodok yang telah lama mengganas di dalam perut..
kepeningan mulai terasa..
jam menunjukkan hampir pukul dua..
dah aku semakin keliru..
03.17.06 (1:47 pm) [
edit]
malam jumaat...
Dewa - Dua Sejoli
Usap air matamu
Yang menetes di pipimu
Ku pastikan semuanya
Akan baik-baik saja
Bila kau terus pandangi
Langit tinggi di angkasa
Tak kan ada habisnya
S'gala hasrat di dunia
Hawa tercipta di dunia
Untuk menemani sang Adam
Begitu juga dirimu
Tercipta tuk temani aku
Renungkan sejenak...
Arti hadirku di sini
Jangan pernah ingkari
Dirimu adalah Wanita
Harusnya dirimu menjadi
Perhiasan sangkar maduku
Walaupun kadang diriku
Bertekuk lutut di hadapanmu...
Bukalah pintu jiwamu
Dengar bisikan sanubari
Semua adalah isyarat
Isyarat dari Sang Pencipta
ada cinta ada sayang.. ada sayang ada cinta..
bagaimana kalau sayang tanpa perasaan cinta?
bagaimana kalau cinta tanpa perasaan sayang?
mana yang lebih penting? cinta ke sayang?
atau keduanya sekali?
atau due2 tak penting?
sama penting? atau mana2 penting pun tak penting..
yang pentingnya ada perasaan?
kan?
03.16.06 (11:04 pm) [
edit]
khamis pagi..
tiga sahaja..
3 jobs I have in life:
- buruh kasar disebuah universiti swasta dipinggir cyberjaya
- buruh tak kasar sangat kat sebuah syarikat percetakan di selayang
- pereka grafik di sebuah syarikat advertising di cyberjaya..
3 movies I can watch over & over:
- shrek
- finding nemo
- ice age.. banyak lg sebenarnyer
3 TV shows I love to watch
- lost
- 4400
- csi
3 places I've lived:
- sarawak
- sabah
- selangor
3 places I've been on vacation:
- sabah
- sarawak
- semenanjung
3 of my favourite food:
- sambal ikan bilis
- daging masak kicap
- ikan goreng
3 websites I visit daily:
- blog sendiri dan kawan
- tokeikedai.net
- maybank2u
3 victims to do this tag:- you
- you
- you
- you
N'Sync - "If I'm Not The One"
If I'm not the one you want
Take your time to figure out
I'm staring at your picture every night
The scent of you still lingers in my mind
I wonder if you're alone and feel alright
And the sun has come out of the clouds
And sometimes when I listen to our song
The night seems so cold and far too long
I wanna call you up cause in the end
I keep writing letters to my garbage can
[Hook:]
Lately, feels like I'm going crazy
And baby, come and lay down beside me
[Chorus:]
If I'm not the one you want, then who's he?
Take your time to figure out, and you'll see
If I'm not the one you want, then maybe
I'll be the one you need
I feel like it's on you I can depend
Wish I could turn back the hands of time
Enough of building castles in the sand
Why can't we be forever
[Hook]
[Chorus x2]
Somewhere, in the back of my mind (back of my mind)
I know that you will be mine (you will be mine)
Somehow, wish I could rewind (I could rewind)
And leave all the worries behind..
[Chorus x2]
I'll be the one you need
03.16.06 (10:14 am) [
edit]
rabu pagi
sarapan seperti biasa..
agak hebat seperti makan besar..
padahal nasik lemak je.. tp agak banyak..
seperti bakal kekenyangan seharian..
kesengalan melanda diri ketika mengadap dua papan nipis bercahaya..
pekerjaan melekap gambar menjadi semakin menurun kuantiti dan kualitinya..
suasana sejuk mencengkam epidermis kulit..
walaupun tak ngantuk tapi perasaan malas terbawa-bawa ke opis..
semalam ibu dan ayah menalipon lagi..
bertanya soalan yang sama..
hampir setiap minggu..
bagaimana harus aku memberi alasan?
perasaan bersalah menyelubungi diri..
maka menetapkan hujung mei menghantar diri pulang ke sana..
oh bukan diri sahaja.. juga my soul..
memeluk pokok rambutan depan rumah..
bersalam dengan samdol yang entah ingat ke tak lg dengan aku..
juga waffle kegemaran di mall berdekatan..
ajuinc sakit lagi..
semalam menjampi dengan ubat yang sesuai..
dengan bantuan bomoh pc import dari mmu..
harapnya sihat sahaja.. kerna tanpanya lompang hidupku..
juga kurang bercahaya sudut meja di tepi tingkap itu..
03.15.06 (1:10 pm) [
edit]
selasa pagi..
Hadiah paling bermakna...
Mendengar :
Dengar betul - betul apa yang sedang dibicarakan oleh seseorang dihadapan kita. Jangan menyampuk, jangan berangan, jangan rancang reaksi anda. Cuma dengar. Kalau anda tidak mampu membalas atau memberi kata-kata perangsang, bimbang anda memburukkan lagi keadaan, dengan anggukan pun sudah cukup tanda anda memahami dan mendengar masalahnya.
Kasih sayang :
Jangan lokek dengan pelukan, ciuman, usap belakang dan berjabat tangan. Untuk muhrim sahaja. Kita hidup dinegara timur, jangan amalkan cara hidup barat. Biarkan perlakuan yang kecil ini berbicara tentang kasih anda kepada keluarga dan sahabat handai.
Gelak ketawa :
Sisipkan keratan kartun, kongsi article, teka-teki dan cerita-cerita lucu dengan orang-orang yang hampir dengan anda. Ia cukup untuk membawa maksud 'saya ingin sekali ketawa bersama awak'.
Sekeping nota :
Boleh dilakukan dengan cara yang paling mudah, seperti 'terimakasih atas pertolongan awak tadi' atau serangkap puisi. Nota yang ringkas dan bertulis tangan akan diingati sepanjang hayat, malah boleh merubah hidup si penerima.
Pujian :
Kata yang jujur dan ringkas, misalnya 'awak nampak cantiklah dengan pakaian ni', 'tahniah, awak telah lakukan kerja awak dengan baik', makanan yang awak masak tadi sedap betullah' akan membuatkan orang lain gembira.
Kemesraan :
Lakukan kebaikan setiap hari, ia akan diingati sepanjang masa. Bertegur sapa setiap hari atau cukup sekadar senyuman mesra yang boleh membuatkan orang lain tenang melihat wajah anda.
Mengambil berat :
Pertanyaan seperti 'bagaimana awak hari ini?' atau 'saya doakan awak cepat sembuh', akan membuatkan orang lain rasa dihargai. Ada masanya kita ingin bersendirian, begitu jugalah orang lain. Kalau mereka ingin bersendirian, jangan ganggu.
Keceriaan :
Bukannya susah untuk berkata 'Hai', 'Helo' , Apakhabar', 'Wah! Cantiknya awak hari ni' atau 'Terimakasih'. Betul tak? Ucapkan dengar jujur dan ceria.
ditokok tambah oleh ajurina
03.14.06 (9:42 am) [
edit]
arjuna mencari cinta..
tajuk tiada kaitan dengan isi posting..
kebetulan melayan koleksi lagu dewa di malam yang suam-suam kuku ni..
boring menonton anugerah angkasa lepas di peti bergambar bak kata teh..
menonton sorang sambil mengunyah biskut berinti kacang..
menekan2 punat remote mencari rancangan yang sesuai dengan jiwa..
seharian dirumah.. melakukan aktiviti kegemaran..
dalam keadaan aman damai tenang dan bahagia..
tengahari makan makanan masakan melal..
alhamdulillah sampai ke perut.. kerana..
kebelakangan ini ada citarasa tekak yang aneh..
ingin makan sesuatu tapi tak tau nak makan ape..
aneh kan?
esok saya ada misi penting..
alhamdulillah terlaksana jugak..
berkat kesabaran selama ini.. menggunakan hasil titik peluh sendiri..
misi apa? nantila gtau kalau dah selesai..
tak nak perkara yang dulu berulang kembali..
satu lagi misi 2006 saya ini bakal terlaksana.. hehe..
doakan yek..
kebelakangan ini keliru dengan diri..
mempunyai perasaan yang aneh..
kerana saya suka berfikiran positif..
maka saya menganggapnya satu dugaan..
kerna Tuhan amat sayang pada saya..
03.12.06 (1:03 am) [
edit]
petang khamis..
4.55 ptg..
training abis awal..
arini lebih banyak bercakap dan memberi komen..
juga membuat aktiviti kuiz di internet..
kami gembira dan ceria..
tak sengantuk semalam..
mungkin kerana tak lunch dengan hebat..
dan minum nescafe auntie mari lagi..
hujan sekejap tadi.. agak lebat..
otak membeku.. mencengkam sejuk dan menyebabkan kepeningan..
tiada kerja lain yang mampu dibuat..
suka dan gembira.. kerana..
esok jumaat lagi..
dan esok mau keopis awal lagi seperti tadi..
bangun awal supaya dapat bersiap dalam keadaan tenang aman dan damai..
bak angin sepoi-sepoi bahasa..
ehh.. jiwang..
agak lapar..
kerana kesejukan..
juga kerana tak sempat lunch..
tidak apa.. diet..
hanya menanti untuk pulang kerumah.. berehat lebih baik..
menunggu kodok2 yang lain memanggil pulang..
lebih baik dari memanggil hujan..
03.09.06 (5:32 pm) [
edit]
pagi khamis..
Peterpan - Ku Katakan Dengan Terindah Kukatakan dengan indah
Dengan terbuka
Hatiku hampa
Sepertinya luka
Menghampirinya
Kau beri rasa
Yang berbeda
Mungkin kusalah
Mengartikannya
Yang kurasa cinta Tetapi hatiku
Selalu meninggikanmu
Terlalu meninggikanmu
Selalu meninggikanmu
Kau hancurkan hatiku
Hancurkan lagi (tak tertahan lagi)
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Kau terangi jiwaku
Kau redupkan lagi
Kau hancurkan hatiku
Tuk melihatmu
Membuatku terjatuh
Dan terjatuh lagi
Membuatku merasakan
Yang telah terjadi
Semua yang terbaik
Dan yang terlewati
Semua yang terhenti
Tanpa kuakhiri
03.09.06 (9:28 am) [
edit]
petang rabu..
bangun awal
keopis awal..
sarapan awal..
on pc awal..
kol 10 harus ke training room..
bla bla bla.. ngantuk..
bla bla bla.. do and don't in ads
bla bla bla kol 12..
lunch.. pesan kat sue je..
makan dengan huru hara..
kol 2 berlari ke training room lagi..
bla bla bla.. ngantuk..
bla bla bla.. tak tahan dah..
bla bla bla.. kol 4
pi wat air.. rehat.. ke toilet..
sambung bla bla bla..
bla bla bla.. gelak gelak..
kene soh kasi komen ads..
bla bla bla.. ilang ngantuk dah..
bla bla bla.. kol 5.30.. esok sambung training..
03.08.06 (7:06 pm) [
edit]
suatu pagi selasa..
ngantok..
sarapan dengan hebat..
roti disapu telur yang digelek bersama mayonis..
hasil tangan anum..
kagum dengan beliau keopis awal sempat menyediakan sarapan..
ngantoknyerh..
mungkin anum gelek bersama ubat tido dalam mayonis itu..
atau kandungan lemak yang overdos..
mungkin juga beliau tidak berniat..
atau mungkin kerna ketiduran lambat semalam melayan drama malcolm ditengah-tengah?
kata anum "akula yang salah? (dengan nada tidak bersalah langsung)
ngantok giler..
hampir menampar diri sendiri..
pekerjaan melukis gambar dengan tetikus semakin berkuasa rendah..
tiba-tiba kelihatan auntie mari menyorong kereta tolak berisi jag pelbagai jenis minuman..
kopi panas yang masih berasap siap utk diminum diatas meja disebelah telus page setebal bata..
eh aneh.. ngantuk semakin surut..
harus kembali kepada pekerjaan..
sekian..
03.07.06 (10:01 am) [
edit]
suatu isnin petang..
5.36 ptg a j u r i n a: balek kul bapos?
t e h rumet: antar tu laa
t e h rumet: kol 6-15 - 6.30
t e h rumet: aku cam lapa gilerr
t e h rumet: tp ade keje sket a j u r i n a: ouu begitus
a j u r i n a: okey
a j u r i n a: lik umh ke makan tros?
t e h rumet: mkn terus
t e h rumet: kerana lapa yg kronik a j u r i n a: kodok2 mengganas?
a j u r i n a: wat tunjuk perasaan?
t e h rumet: a'a
t e h rumet: siap bwk banner lgik ni
t e h rumet: demm a j u r i n a: (icon smiley yahoo gelak guling-guling)
t e h rumet: mcm nk buat rusuhan je aku rasa
t e h rumet: sbb dah efek kat kepala a j u r i n a: gilerk
t e h rumet: aku rasa
t e h rumet: dia guna gas beracun nih
t e h rumet: kene panggel fru utk selamatkan kedaan a j u r i n a: dem
a j u r i n a: very funniest
a j u r i n a: (icon smiley yahoo gelak guling-guling)
03.06.06 (5:56 pm) [
edit]
sunday...
hot sunday afternoon.. hangat dan membahang..
lebih rela duduk dirumah merehatkan diri..
sangat malas bergerak dalam keadaan cuaca yang aneh..
walaupun untuk ke kedai beberapa jengkal dari rumah..
keadaan kesihatan pun baru pulih walaupun ade kekeringan pada tekak..
menalifon ibu tengahri tadi..
bertanya dia tentang hadiah ulang tahun kelahirannya..
itu yang mampu diberi pada ibu..
juga masih bertanya bilakah kepulangan lagi?
ermmm..
kerna cuaca ini juga barangkali asyik letih..
letih.. hati pun letih..
minda letih.. badan letih..
rehatla sementara ada masa rehat..
1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
2. Kita bukanlah kaya untuk cakap orang lain miskin
3. Kita bukanlah handsome untuk cakap orang lain muka tak handsome
4. Kita bukanlah cantik untuk cakap orang lain tak lawa
5. Kita bukanlah baik untuk cakap orang lain jahat
6. Kita bukanlah alim untuk cakap orang lain lupa sembahyang
7. Kita bukanlah kuat untuk cakap orang lain lemah
8. Kita bukanlah berani untuk cakap orang lain penakut
TAPI...
1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah kebaikan dan menjadi contoh dan tauladan orang lain
6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya dengan seikhlas hati
7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah
8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama
03.05.06 (6:15 pm) [
edit]
jumaat ini.. alhamdulillah..
alhamdulillah syukur untuk jumaat hari ini.. alhamdulillah berjaya menghadapi dugaan kesihatan.. hari-hari hidup ini diuji dengan pelbagai ujian nampak dan tak nampak.. alhamdulillah terpanggil ditengahari jumaat ini untuk muhasabah diri yang diselubungi kesibukan sejak due menjak ni.. pun membuat aku tersedar rupanya aku jauh dari Tuhan.. insaf dengan satu petikan dari digitaldome.org..
"dalam satu hadis qudsi ada di riwayatkan oleh ma`qal bin yasar,tuhan berfirman :
"hai anak adam, lapangkan masamu untuk beribadat kepadaKu nescaya aku akan penuhi hatimu dengan kekayaan dan kedua tanganmu dengan rezeki.. hai anak adam, jangan engkau berenggang dariku kelak aku akan isi hatimu dengan kemiskinan dan kedua tanganmu dengan kesibukan"
so sape-sape rasa dia sibuk tu maknanya jauh dgn tuhan la tu.. hehe"
boleh ke nak kate sibuk tu jauh dari Tuhan? tapi kebanyakan orang sibuk memang lupekan Tuhan.. sibuk dengan urusan dunia.. penat.. lalu takde mase nak pikir walaupun sekejap hal-hal akhirat.. sibuk dengan kejayaaan dunia..
tengahari seperti biasa tak lunch.. pagi dah makan dengan hebat.. maka tengahari kurang kelaparan.. duduk di opis rehat-rehat kononnya.. ramai lg yg malas kuar dan termasuk lelaki yang membuatkan aku hilang respect kat derang.. tak pi semayang jumaat.. bukan jumaat ni je.. jumaat lepas-lepas pun..
nantila citer balek.. rehat dah abis.. hehe
03.03.06 (2:38 pm) [
edit]
marah kerana CINTA, bukan BENCI
tazkirah jumaat.. sebagai renungan untuk difikirkan (sumber: email)
Saya masih ingat sikap `unik' (aneh) sesetengah orang-orang tua kampung dulu-dulu. Ruang di bawah rumah mereka selalunya diperuntukkan untuk meletakkan barang usang yang `kurang' atau tidak perlu. Selalunya botol-botol, tin-tin atau papan-papan buruk. Entah kenapa semua itu tidak dibuang. Hanya di letakkan begitu sahaja Di guna tidak, dibuang pun tidak. Peliknya, apabila barang-barang `antik' itu hendak diambil oleh orang lain, cepat-cepat pula mereka melarangnya. Tak boleh, nak guna, sayang, dan macam-macam alasan.
Itulah sebuah analogi yang terlintas di fikiran bila saya ditanya tentang kemarahan umat Islam terhadap penyiaran karikatur menghina nabi Muhammad s.a.w oleh akhbar-akhbar Eropah khususnya Denmark.
"Encik tidak marah?" tanya seorang siswa sehabis sahaja majlis diskusi tentang topik berkenaan.
"Marah," akui saya perlahan.
"Tak cukup begitu sahaja. Esok kita berarak, bakar bendera Denmark!"
Saya senyum.
"Kita ada cara yang lebih baik. Ada senjata yang lebih hebat. Doa," balas saya.
"Kita kena tunjuk kemarahan kepada mereka yang menghina Rasul."
"Menunjukkan kecintaan kepada Rasul lebih utama."
"Marah itulah tanda kecintaan kita"
"Betul. Tetapi membuktikan kecintaan dengan mengamalkan sunnahnya jauh lebih utama." "Encik takut?" Saya renung matanya.
"Mengamalkan sunnah Rasul memerlukan lebih keberanian. Tentangannya lebih hebat. Bahkan daripada orang Islam sendiri," tusuk saya perlahan.
"Kita bakar bendera mereka!"
"Kita `bakar' cara hidup mereka. Itu lebih relevan." Giliran dia pula yang diam. Mungkin siswa yang `terbakar' ini mula mengunyah maksud kiasan saya. Lalu saya ceritakan analogi awal tadi. Alhamdulillah, dia mendengar teliti.
"Kita dengan sunnah, seperti orang tua-tua dahulu dengan barang-barang usang di bawah rumah. Nak digunakan tidak, nak dijunjung jauh sekali, tetapi bila ada orang lain nak mengambilnya, barulah heboh konon nak digunakan."
"Bagaimana kita hendak tunjukkan perasaan marah?"
"Demontrasi depan manusia. Depan Allah, kita berdoa. Kita muhasabah, sejauh mana kecintaan kita kepada Rasul-Nya. Mungkin provokasi Barat membawa pengajaran tersirat."
"Pengajaran tersirat?"
"Ya, tersirat dari Allah agar kita menilai semula benar-benarkah kita mencintai sunnah Rasul-Nya selama ini."
"Kemarahan ummah inilah buktinya," ujarnya bersemangat.
"Kemarahan cuma bermusim. Hanya luapan sentimen berkala. Namun kegigihan, kebijaksanaan, perancangan dan ketabahan jangka panjang amat perlu."
"Maksud encik?"
Jelas dia terpancing dengan kilasan dan kiasan kata-kata.
"Jangka panjang, sudahkah kita mendidik generasi muda mencintai Rasul dan keluarganya. Saya risau generasi muda yang mabuk hedonisme kini tidak akan punya kemarahan yang sama seperti yang saudara alami."
"Saya ada kawan-kawan sebaya yang hidupnya lintang pukang, tapi masih marah bila Rasulullullah dipersendakan. Mereka akan turut berarak esok!"
"Hidup lintang-pukang? Macam mana tu?" tanya saya minta kepastian.
"Rock habis. Sembahyang tidak. Bergaul bebas biasalah tapi cinta mereka terhadap Rasul tak luntur."
"Ajak mereka sembahyang dulu. Tak berarak pun tak apa. Cinta dulu, marah kemudian. Bila ada cinta, pasti ada marah bila kecintaan dicela. Tapi kalau marah saja, belum tentu ada cinta "
Dia diam lagi. Kali ini diamnya lebih panjang.
"Agaknya orang tua tu marah tak kalau kita ambil barang-barang berharga di atas rumah?" tanyanya tiba-tiba.
"Orang tua mana?" tanya saya semula. Hairan.
"Orang tua dalam analogi encik tadi itulah!"
"Soalan tu kurang umph," gurau saya.
"Habis soalan apa yang umph?"
"Agaknya orang berani tak hendak minta barang di atas rumah? Berbanding barang usang di bawah rumah?" balas saya.
Termenung lagi dia. Seronok rasanya `membimbing' siswa ini berfikir. Terimbau luapan semangat saya sewaktu di kampus dulu. Beginilah pola berfikir saya. .
Tiba-tiba dia bersuara, "tentu tak berani, kerana barang di atas rumah tentu lebih berharga."
"Begitulah sunnah, jika dihayati, diamalkan dan diperjuangkan. Ia nampak sangat berharga di tangan pencintanya. Musuh tak kan berani mengusiknya, apalagi nak menghinanya" "Encik ni, tak sangka ke situ pula kiasannya."
"Kita orang Islam mesti menghormati diri sendiri terlebih dahulu, barulah orang lain akan menghargai kita. Justeru, jika kita marahkan musuh yang mengecam Rasul, marahkanlah juga diri kita yang tidak benar-benar mencintainya!"
"Dan bukti cinta amalkan sunnah Rasul. Itulah cara paling berkesan mempamerkan `kemarahan' kepada musuh-musuh yang menghinanya."
Alhamdulillah, saya yakin, kini marahnya kerana cinta bukan kerana benci. Dominasi cintakan Rasul bukan emosi bencikan musuhnya.
03.03.06 (12:58 pm) [
edit]