oggy.. all time fav cartoon



akhirnya berjaya jugak aku download 119 episode katun kegemaran aku ni.. layan gelaks orang-sorang je time cuti-cuti ni.. rugi tak tengok.. confirm boleh mengubat jiwa yang tensen atau yang putus cinta.. mandai jek aku ni.. haha.. takde dialog.. aku suke maybe sebab aku suke kucing dan benci lipas.. kucing dan lipas.. ermm pasangan yang unik.. tak macam kucing dan anjing.. sape berminat nak tengok just let me know


lipas-lipas yang memang kurang ajar dan menyakitkan hati


Oggy dan sepupunye Jack

kenduri di seremban

kenduri lagi.. kali ni di seremban..
megren dan hampir muntah dengan jem perise stoberi di highway seremban..
sampai di rumah pengantin dengan selamat dan mudah..
oh.. pengantin masih bersolek.. maka kami makan dulu..
melal sampai bersama sang kekasih..
juga melor dan hubby sudah tiba agak lama..

pink hijau.. tema pengantin..
sweet.. ade kelas.. menarik wedding plannernyer..
siap ade banner untuk tetamu sign.. macam opening ceremony lak..
juga gadis-gadis genit flower girl yang comel-comel sokmo..
gambar tiada plak nak dipost kat cni.. tidak apalah..

hurmm..
agak busan tahap biasa dicuti ini..
sib baik ade ain temankan.. atau aku temankan die.. eh aneh..
maka menjadi suri rumah sepenuh masa.. merehatkan minda dr pekerjaan..
meyetelkan perkara remeh temeh yang forever tak abis..
khamis dah boleh start keje balek..


oh ya lupe nak wish tahun baru.. lambat sket. kalau tahun baru masihi ade azam.. tahun hijrah ni ade azam gak kan? azam aku adelah.. mane leh habaq.. hehe malu..

ahad..

tak pernah termimpi..
juga tidak pernah terfikir..
istimewanya diri ini dihatinya..
tak pernah jugak dipinta..
disayangi dicintai lebih dari kesayangan diri..

penat..
memikirkan kenapa..
bosan..
memikirkan bagaimana..
lelah..
memikirkan bila..
bila diri ini tidak secantik Siti Nurhaliza..
jugak tidak sesempurna Khadijah..
tidak setulus Zulaikha..
tak sekuat Hajar..

kerna yang ada hanya..
hati sekeras kerak nasi..
ego setinggi langit..
kedegilan sendiri pun tak tahu pernah wujud..

adakah kerna masih buta..
menilai kasih sayang yang diberi..
buta menghargai keikhlasan hati..
mendegilkan diri dengan ego..
atau memerlukan masa untuk menerimanya..
sebagai sebahagian dari hidup..

maafkan diri ini andainya..
menyebabkan kekecewaan..
menimbulkan gusar dihati..
memberikan penungguan..
maaf.. andainya hati ini terlalu keras..
kerna diri ini tahu...........

sahabat..

Time cuti camnila amek peluang nak mendelete dan bace email yang berjuta-juta masuk mailbox.. maklumla banyak sangat email.. banyak jugakla forward email dari member-member yang rajin forward.. so mana-mana yang aku rasa sesuai nak kongsi bersama aku post jek la kat cni yer.. kalau rajin bacelah.. aku tau tulis puisi kehidupan diri je.. hehe

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri...
tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.
Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa' dia menerima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu kita memerlukan dia. Dia mendengar luahan perasaan kita,
segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan,
dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,
rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai,
kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan,
kerana dia juga seorang manusia;
dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang, sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu. Kita selalu melihat dia ketawa,
tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.
Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan,
disebalik ketenangannya, mungkin tersimpan seribu kekalutan, kita tidak tahu.......
tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia, mungkin kita akan tahu..

Tazkirah Jumaat

SOLAT AKHIR WAKTU

Rupa-rupanya ada cerita kalau kita lewatkan sembahyang
kita yea ....
Jika berpuasa  Amalan kita direct terus padaNya
Tapi Jika bersembahyang Ada posmen pula Untuk hantar
amalan kita
padaNya

Kisahnya?..

Setiap kita ada malaikat
Malaikat yang hantar amalan sembahyang kita Pada Ilahi
Untuk sampaikan amalan kita
Ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit
Dimana setiap penjaga tol,
Kroni malaikat juga

Jika sembahyang di awal waktu
Tolnya "free"
Sekatan tol tiada
Tiada "jem"
Malaikat terus sampaikan amalan pada Tuhan Untuk
dinilaikan

Tapi
Jika sembahyang di akhir waktu
Tol free juga
Tapi sekatannya
MasyaAllah?.
Di langit pertama,
Penjaga tol marahkan posmen kita
Kenapa lewat poskan amalan kita
Merayu-rayu posmen malaikat kita
Minta diberi laluan

Tetapi? penjaga langit pertama
Tidak heran
Dicampakkan amalan lewat sembahyang tadi ke bumi

Maka..
Jatuh berderai?
Dikutip semula oleh Malaikat posmen kita
Satu persatu dikutip
Sambil terus merayu untuk ke lapisan langit ke-dua

Dilangit kedua,
Samalah juga,
Bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan
Merayu lagi kawan kita
Tak dipedulinya
Lalu dilemparkan amalan lewat sembahyang kita tadi
Jatuh berderai lagi..

Dikutip satu persatu amalan kita
Dirayu lagi untuk diserahkan amalan kita pada Tuhan

Dilangit ketiga,
La?. Kena basuh lagi malaikat posmen kita
Kenapa lewat hantar amalan tersebut
Tiada kompromi
Terus dibaling amalan kita
Jatuh berderai amalan kita
Tak ade nilai?.

Dan tiada lagi dikutip dan dirayu lagi


Maka..
Tak sampailah amalan kita kepada Allah
Seolah-olah kita tak sembahyang juga

Maka?
Bersedialah kita menerima pembalasannya
Tak di dunia di akhirat pula
Hilang duit, Hati risau, Tender ditolak,
Ujian bertimpa-timpa

Ish?.

Tak berbaloikan kita buat amal
Tapi tak sampai
Dahlah tu
Tak de nilai
Kena azab lagi nanti

Ya Allah !!! Ampunkan kami ! Kerana lalai !
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang
Jadikan hati kami Suka sembahyang di awal waktu
Gawatkan hati kami selagi kami tak segerakan
Biarlah kami gawat di dunia
Agar kami tidak gawat lagi Di hari akhirat kelak.

Amin.

hermppp..

ngantuk...
sekian..

Menunggumu..

Peter Pan ft. Chrisye - Menunggumu

Di dalam sebuah cinta
Terdapat bahasa
Yang mengalun indah
Mengisi jiwa
Merindukan kisah
Kita berdua
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah tanya untukmu
Harus berapa lama aku menunggumu
Aku menunggumu

Di dalam masa indah
Saat bersamamu
Yang tak pernah bisa
Akan terlupa
Pandangan matanya

Menghancurkan jiwa
Dengan segenap cinta
Aku bertanya
Aku menunggumu

Dalam hati ku menunggu
Dalam hati ku menunggu
Aku...
Dalam lelah ku menunggu
Dalam letih ku menunggu
Aku...
Masih menunggu

Bila rindu ini masih milikmu
Kuhadirkan sebuah...
Harus berapa lama, harus berapa lama
Aku menunggumu, aku menunggumu
Aku menunggu...aku menunggumu


p/s: aku tak tunggu sape sape..

rabu ke?

malam tadi.. tido lambat..
kuar makan balek kol 11.30..
oh mereka belum balek dari menakutkan diri..
maka berkemas mana yang sempat, cuci baju dan menggosok baju kerja..
sempat berjalan sambil menaip.. hobi..

terdengar pintu grill dibuka..
oh mereka sudah balek..
kelihatan hanum membawa bantal dan beg..
oh.. rupanya ketakutan lalu menumpang beradu dirumah kami..

pagi ini..
beramai-ramai lagi menaiki enchek keBas besar..
bersarapan nasik lemak belian aju di pantry..
lantas kengantukan tiba mendadak..
oh tidak..
mengantuk tahap dewa-dewi cam nak nangis pun ade..
sebab? xleh tido kat opis..
tamau minum nescafe untie mari buat..
buat sendiri lebih kaw..
oh.. ke pantry dulu ya..

lega..
ngantuk hilang..
tapiii..
kemalasan menghampiri..
seperti biasa.. ads sebelah pagi.. tracing sebelah ptg..
hah.. bibit-bibit bosan mula bercambah..
lalu menyedari.. kebizian mula melanda diri tanpa disedari..
ada perkabaran diabaikan..
ada tugas lain diabaikan..
ada komitment dilalaikan..
ada perasaan sengaja diketepikan..

mungkin kerna..
dikelilingi rakan-rakan yang mudah dicapai..
atau dilimpahi kasih sayang mencurah-curah..
dan sesungguhnya ujian Tuhan boleh datang bila-bila masa sahaja..

ahad datang lagi..




lagi picture melor's wedding by izmi.. aku edit jek.. hehe

2 hari lepas hari Jumaat..
semalam hari Sabtu..
hari ni hari Ahad..
esok hari Isnin..
luse hari Selase..
eh.. jadi kenape dengan hari-hari itu?
saje je nak habaq.. kotla lupe esok hari Isnin..
ya.. esok keje lah.. lagi mau tanya..
keje? haa kejelah..
ooo keje... yelah.. aku pi keje la esok..

tazkirah...

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat,

KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat. Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat. Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat. Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat. Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'. Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat. Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat. Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat. Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat. Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat. Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat. Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat. Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat. Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat, Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat, Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat. Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat. Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...? Harta benda anta, dari mana anta dapat...? Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan sahabat handai kita agar masyarakat kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah...Allahhuakbar! Allahhuakbar! Allahhuakbar!)

sebuah kisah..

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata:

"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital. Surat tersebut berbunyi begini:

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."

::: Hati Emas :::

engkau...

engkau..
buat tidurku lambat bangun..
buat makanku tak ikut masa..
buat mandianku sekejap..
hampir buatku jadi sasau..
kenapa harus wujud makhlus sepertimu..
sungguh indah ciptaan Tuhan..

kenape?.. mengapa? dan bagaimana?..
kau berjaya mencuri hatiku..
dua skrin monitorku terpampang hias wajahmu..
memerhatikan setiap gerak geriku..
dari pukul 8.30 pagi hingga 6.30 petang..

kadang-kadang..
aku jadi tidak keruan..
jadi cepat sejuk dan lapar..
jadi segan..
kadang-kadang..
ads dan clipartku bertambah masa pembinaannya..
kerna kau..

kau dan kau..
sungguh cantik.. menarik.. dan aku tertarik..
kau memang da bomb..
kauu.. sangat comel..



di atas normal..

mengapa di atas normal?
kerna suhu di sini mungkin di bawah paras beku..
ah.. lemak di badan kurang berfungsi..
bak kata teh..

kenyang..
dengan sarapan nasik berlemak bersambal juga bertimun..
sungguh banyak tapi dihabiskan kecuali pembalut suratkabar dan daun pisang..
oh juga sudu yang tidak boleh di makan..

lately..
waktu kerja dimaksimakan semaksima mungkin..
balek..
penat..
kurang meluangkan masa bersama ajuinc dan zaju..
juga diri sendiri.. dan mungkin juga manusia sekeliling..
dan juga alam semulajadi.. oh..

perlu ke?..
mengambil cuti yang panjang..
mengembalikan diri ke kampung halaman terchenta..
patut ke?..
mengambil cuti melapangkan pikiran ke taman tema alam..
harus ke?..
bercuti...

lagi..

bosan..
dah takleh tido.. pengsan lepas maghrib yang pada asalnya nak baring-baring membetulkan tulang belakang.. penat training dan buat clip art di opis yang terchenta..

lapar..
lunch dengan nestum ditemani teh dan alin kerna kemalasan keluar opis sejak 'peristiwa itu'..
dinner dalam mimpi.. lantas membuat megi ayam ala-ala omlette..

tension..
melihat bil-bil dan payment yang perlu dibayar sedangkan gaji lame lagi nak dapat..
tension juge bile memikirkan tatau nak pakai baju ape esok.. ehh merepek.. baju sealmari..

tension jugak..
tblog ini berubah wajah..
setting makin keliru dan.. arghh.. tidak sebebas dulu menukar blog style..
admin. please do something..

rindu..
tiba-tiba dengan kampung halaman dan sarawakku yang terchenta..
juga keluarga yang disayangi.. esp kucing-kucingku yang comel-comel sokmo..
dan juga dia..

kusut..
dengan keadaan sekeliling yang perlu disusun atur semula..
juga jadual hidup ini yang sepatutnya lebih teratur..
juga makanan jiwa yang kurang berkhasiat..
maka memerlukan diri untuk mengambil berat hal itu..

kenduri di kuantan..

kepenatan masih terasa..
namun berbaloi melihat melor yang ayu berbaju pengantin hijau di hari perkahwinannya..
seorang lagi sahabat telah bertukar status..
semoga berbahagia sampai bila bila..
majlis memang sangat meriah.. dengan kehadiran rakan rakan dan saudara mara..

khamis..

pukul 8.10 pagi..
aku bersama atun dan alin.. dengan penuh bergaya menaiki enchek 868 pegi keje..
tenett.. 8.19 dengan bangge punch kad dipintu opis yang kelihatan manusia di dalam..

di pantry.. berkongsi nasik lemak dan bihun bersama-sama.. enak sekali..
ohh roti bersama tuna pun dibelasah sekali..
pelik.. tak ngantuk plak harini..
aneh.. tak ramai yang lepak dipantry..
mungkin.. ramai yang dah sarapan dirumah..
barangkali.. ada yang datang lambat..

kembali ke meja menghadap 2 papan nipis monitor...
9.00.. wah lamenyer bersarapan..
enchek teh belum tiba..
oh ya.. die mengambil kekasih di pudu pagi tadi dengan enchek KeBaS nyer..

refresh..
kosong..
refresh lagi..
masih kosong..

lantas aku menunggu dengan sabar..
refresh lagi..
result yang sama..
lantas.. menyusun apa yang patut di meja dan almari laci.. (bru dpt kunci semalam)..

enchek yigi sudah ketibaan di opis hari ini..
bersedia memulakan keje..
oh.. die keluar..
bosan.. lalu membuka yellow pages setebal kepale lutut..
belek-belek.. bosan lagi..
refresh..
kosong lagi...

10.42 pagi..
masih seperti tadi..
perlu ke pantry ke? membancuh segelas nescafe bersama krim lemak manis..
tak perlu.. aku tak ngantuk..
ermm.. merepek..
oh tidak.. kenapa gaya penulisan ini seperti meniru teh..

salam aidiladha..

hari raya korban.. seperti tahun yang sudah..
aku sambut sendiri.. menganyam ketupat imaginasi..
memasak rendang bukan realiti..
dah biasa..
so jangan bagi ayat simpati kat aku..

ibu manalipon pagi mengejutkan aku dr tido..
oh.. adik2 dan kakak di rumah memasak dengan hebat..
perlu ke mintak kirim segala masakan ke sini? haha

ada tempat harus dituju..
maybe ke rumah elma beraya..
maybe meminta jemput sepupu kat bangi.. sepang pun ade. dekat..
maybe berjalan-jalan membuang masa.. menonton wayang contohnya..
tapi..
aku lebih gemar duduk di rumah..
hobi barangkali.. kerna..
hari ini sama sahaja seperti hari-hari yang lepas..
dan esok perlu bekerja seperti biasa..

jumaat - sabtu - ahad

arini genap 2 tahun usia blog aku.. this is my first entry..

my mumbo jumbo? huh? eheh
Thursday 01.08.04 [3:03 am] delete entry | edit entry

ni wawa nyer pasal le aku ber blog plak nih.. tapi sebab interface die cun aku go on jek la.. sblm nih ade 2 blog tapi tah ke mane� tah.. malas nak edit sebab cam tak lawa and leceh.. pehtu tak best setting die.. hope yang nih kekal lah.. sbb aku nih dah aa malas menulis.. malas menaip lagik.. adeii.. kang tak jadik kijo� lain aku yg patut di buat.. nak berdiary lagik nih aku rase malas sgt.. yg dah berlaku tu biarlah kan.. tapi skg nih aku dah takdak perasaan.. so belasah jek la..

posted by: ajurina | 0 comments (view/add) StaticLink eSend

lame tak tulis.. banyak nak tulis.. tapi macam dan sampai tangan untuk menaip.. ermm.. entah..

Bismillahirrahmaanirrahim ...

Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu...

Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu...

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...

peristiwa itu..

ingat balik kisah tu nak tergelak.. teh jadi saksi.. dan aku tak perasan kalau ade saksi-saksi lain yang menyaksikan aksi itu.. lawak.. malu.. sakit.. dan entah ape lagi perasaan aku time tu.. teruja sangat nak pi bank di seberang jalan.. macam nak kuarkan duit juta-juta je.. padahal nak bukak buku akaun je.. itu kisah tengahri semalam.. baru arini aku citer.. macam sakit ni gak.. aritu tak sakit.. esoknyer baru sakit.. dah sekarang aku rasa sakit tulang bahu lak.. tibe-tibe sakit kaki kanan lak.. adehh.. apelah malang nasibku.. ptg td baru gatal pi klinik.. elok lak jalan.. cam tau2 je nak pi klinik.. sblm die meragam lagi esok pagi.. dan aku kene mc lagi baik aku amek je obat.. habeh 35 hengget.. bukan selalu..

esok harus ke opis.. bapak sudah risaukan anaknya bak kate teh.. hehe.. busan gak MC kat umah.. dah tu nak wat cemane klo jalan mcm org cacat.. heret kaki kiri.. tp dok umah tak reti diam gak.. oklah.. ubat dah meresap ke dalam darah.. saraf-saraf sudah memberi respon.. haruslah ketiduran kerana jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi.. zZzzZzzzz....

2006..

sempena tahun baru maka aku membuangkan sedikit masa menukar wajah blog yang telah hampir 3 tahun aku setia.. mula-mula pemilihan warna kuning tko menjadi pilihan.. lantas bila mendesign banner.. kaler pepel menjadi pilihan.. lembut.. sejuk mata memandang.. dan diharapkan hati aku menjadi semakin lembut.. hehe.. (sebab ade orang kata hati aku keras).. hurmm.. rasenyer dah puas hati kot dengan layout baru ni.. simple.. no image background.. yang penting aku dan pembaca setia blog aku puas hati..

tak sempat nak review 2005.. generally banyak yang berlaku dan banyak yang aku dah achieve..
tahun 2005 aku berjaya menghabiskan study di MMU.. graduate by August and start working by September walaupun bukan keje kat Cyberjaya.. but by the end of December 2005 aku manage to get a job at Cyberjaya walaupun misi itu untuk 2006.. alhamdulillah.. kenangan pahit pun ade beberape.. memutuskan perhubungan dengan seseorang on May.. nenek meninggal on June.. and nightmare on my first career job.. happy moment on my sister's engagement on May, my cousin's wedding on June and my other cousin's wedding on December tapi tak dapat pegi pun :(.. dan perkara yang agak penting i start a new realtionship with someone on November..

by the year 2006.. aku ada beberapa misi peribadi untuk diri sendiri.. dah achieve nanti baru aku gtau.. hehe.. right now sedang berusaha menjalani kehidupan ini dengan seikhlas-ikhlasnya.. berkat kesabaran dan doa dari orang-orang kesayangan dan rakan-rakan yang mengingati diri ini sebagai seorang sahabat.. 'aku masih seperti dahulu'..

harini isnin cuti.. puas rehat.. 2-3 hari ni dok umah je.. perut agak lapar nih.. tapi tatau nak makan ape.. duit pun takde cash dalam purse.. nak pegi ATM machine adalah salah satu perkara yang aku malas nak buat.. housemate sudah ada dirumah.. ada yang baru pulang dari bepergian ke cameron.. ade yang sibuk menguruskan perkahwinan mid January ni.. ada yang masih berada dengan family.. dan aku bersaman teman setiaku disini.. esok keje.. hopefully they wll assign me a new job.. bosan dan purak2 busy.. hehe.. saje test skill.. lepas ni kompom bosan dan start penyakit lama.. muntah ijo.. dahla.. awal-awal tahun dah merepek.. nak pi mandi...