Sunday..

Kristen Ulve - www.kristenulve.com
udah lame aku meminati vector art nih.. very colourfull ar.. simple but yet complicated.. colour combination yg unik.. composition yang simple tapi menarik..
dah 2 petang hujan.. alhamdulillah.. membersihkan debu2 busuk yang menyelubungi bumi Cyberjaya ni.. emosi pun dah cool down.. alhamdulillah otak rasa segar.. 2 hari melarikan diri dengan kewajipan study.. 2 weeks more baru ade crit ke-6.. nanti malam nak update keje-keje ape yg perlu diberi perhatian.. after crit Jumaat lepas melarikan diri menonton Elektra yang tak sebest mana.. aku tgk pun sebab Jennifer Garner.. plot cerita agak kabur.. misi tak jelas.. senang sgt mengalahkan penjahat.. filem marvel still the best is Spiderman.. tunggu Fantastic 4 nanti cemane.. minat gak ngan Jessica Alba.. Sabtu lak melarikan diri ke Alamanda.. menemai Ina shopping.. dan Ahad ni xpi memane.. berhibernasi dengan jayanya di MMU kerna xde duit..
01.30.05 (3:52 pm) [
edit]
another weekend..
sabtu week ke-6 dalam semester 3 ni dah.. 5 crits dah selamat dijayakan dengan jaya campo tak jaya jugak.. ada 5 lagi perlu diharungi.. first 3 weeks dulu wat keje dengan perasaan gundah gulana hanya Allah yang tahu.. minggu2 selepasnya menjalankan kegiatan dengan tanpa perasaan.. dah penat berperasaan kot.. setiap solat memohon agar dipermudahkan segala urusan kami setiap hari.. walau ape pun aku cuba menghadapinya sampai akhir..
komitment
dalam masa yang sama ade komitmen lain perlu diberi perhatian, ada urusan lain yang perlu diuruskan.. keperluan diri tak boleh diabaikan, banyak hati dan perasaan perlu dijaga, mencuba agar yg dikejar akan dapat, yang dikendung tidak berciciran..
cuaca
dah lebih seminggu cuaca kering dan panas.. dilaporkan tiada hujan sehingga march.. pergh.. malam2 pun kelihatan bulan sakit.. dan manusia pun ramai yang sakit.. termasuk sakit hati dan perasaan.. cuaca begini boleh mengundang emosi terganggu termasuk aku.. rasa malas semacam.. nak berfikir pun malas.. keje ade tapi takde mood nak wat.. ade buku untuk dibaca tapi xde hati nak buat seme tu.. sesungguhnya api neraka lagi panas..
diam
cuaca camni gak boleh menampkkan true color aku.. so maybe kene kurang sembangkan diri dengan rakan-rakan.. sebab aku tend to cakap laser, cakap lepas atau straight to the point yg boleh menyinggung perasaan orang sekeliling.. sorry in advance..
love as part of my life
setiap manusia berhak dicintai dan mencintai... berhak menentukan dengan siapa hendak bercinta, berhak menentukan ciri-ciri insan idamannya bagi meluahkan cinta, berhak memilih siapa yang layak memiliki cintanya dan juga berhak untuk membalas atau menolak cinta yang diberikan kepadanya.. aku tidak terkecuali daripada mempunyai hak-hak tersebut kerna aku seorang perempuan, seorang wanita, seorang anak, seorang sahabat kepada sahabat, seorang makhluk ciptaan Allah yg mempunyai perasaan, nafsu dan akal...
aku mengharapkan cinta hadir dengan sendiri dalam hidup aku kerana aku tidak mempunyai daya tarikan yang mampu menarik cinta dalam hidup aku.. aku juga tidak mampu menarik cinta untuk hadir dalam hidup aku.. dan aku tidak meletakkan cinta sebagai kehadiran utama dalam hidup aku.. cinta-cinta yang sudah sedia ada perlu dihargai dan dijaga sebaiknya, cinta kepada Allah, cinta kepada ibu bapa dan cinta teman-teman sekeliling.. cinta itu tidak perlu dijemput.. ia hadir sendiri dan secara automatik memiliki kelayakan kewarganeg araan dalam hati aku.. cinta yang aku tunggu kehadirannya adalah cinta seorang lelaki..
kehadiran cinta pertama dalam hidup aku tidak seindah mana.. dia hadir dalah hidup aku tapi aku tak nampak dia di mana.. dekat tapi seolah-olah jauh.. lalu aku mengambil keputusan tidak mengharapkan kehadirannya lagi.. atau kehadiran sesiapa selama setahun lebih.. mendidik diri menjadi insan tanpa perasaan cinta.. dalam masa yang sama tanpa sedari sendiri aku masih mengharap.. sambil menunggu kehadiran itu.. aku memerhatikan cinta yang lalu lalang dalam hidup aku.. memerhati dan menilai, menguji dan menganalisa lalu membuat satu pakej cinta yang aku idamkan..
maka telah hadir lelaki yang membawa pakej cinta itu tetapi dia tidak menunjukkan tanda-tanda untuk memberikan kepada sesiapa.. aku tidak meneruskan niat untuk menghulurkan tangan bahkan menanti tawaran yg mungkin diberikan.. tapi dia berlalu begitau sahaja membawa pakej itu meninggalkan aku seolah-olah bertepuk sebelah tangan atau mungkin baru hendak bertepuk.. tangan yang hampir dihulurkan tidak mampu lagi untuk disorokkan lantas dihulurkan kepada dia yang datang memberikan cintanya.. walaupun pakej cintanya tak seperti yang aku nakkan tetapi aku bukan pemilih..
YA ALLAH
Ya tuhanku yang maha pengasih,
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Didunia dan diakhirat,
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini,
Janganlah engkau biarkan aku sendirian,
Didunia ini mahupun diakhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemungkaran dan kemaksiatan,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
Agar aku dan dia dapat bersama-sama membina,
Kesejahteraan hidup kearah yang kau redhai.
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah
aku memberikan peluang kepada dirinya mencintai diriku.. memberi peluang kepadanya untuk mengenali hati budinya dalam masa yang sama aku ingin mengenali sejauh mana keikhlasan cintanya kepadaku.. dia tidak mempunyai ciri-ciri lelaki idaman tetapi kejujuran dan keikhlasannya cukup membuatku tertawan lantas aku memujuk diri sendiri bahawa apa yang aku nak tak semestinya aku dapat.. sekarang usia perkenalan sudah hampir 6 bulan dan banyak yang aku boleh terima mengenai dirinya termasuk kisah silamnya.. mungkin Tuhan sengaja menemui aku dengan dirinya agar aku boleh membimbing dirinya walaupun aku impikan seseorang yang boleh membimbing diriku.. aku bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang dan berusaha menjaga perhubungan ini semampu yang boleh.. kalau benar dialah insan yang akan menemani aku sehingga ke akhir hayat aku berdoa agar aku ditetapkan hati dan lindungi Allah daripada melakukan perkara yang perlu dielakkan..
YA ALLAH
Seandainya kau telah catatkan,
Dia milikku,tercipta untukku,
Dekatkanlah dia padaku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kemesraan antara kami,
Agar kebahagiaan itu abadi.
Tetapi YA ALLAH
Seandainya engkau telah takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

FYP Mission Accomplish..
01.29.05 (12:54 pm) [
edit]
huhuhu..
ptg tadik mom call.. agak terkejut gak sbb dah lame tak call.. just tanyer aku ade kat mane.. yerlah aritu kate pi Muar.. kotla tak balek lg.. aku ade jek memeruk kat MMU ni.. menjerukkan diri.. die tanyer gak bile aku cuti.. huhu dah hampir sebulan lebih aku meninggalkan rumah sejak cuti raya aritu.. patutle die dah start tanyer bile cuti.. alahai mak.. lame lagi cutinyer.. nanti bulan Mei kang baru boleh balek.. skg ni masih Januari.. die pesan belajar lek lok.. wat projek bagus2.. satu jek pesanan yg aku tak dpt lg selame aku hidup ni.. takpe mak.. mak tak suruh pun aku dah buat..
arini terase panas lak awal mlm td.. maybe sebab aku kekurangan air.. campo lagi sengal2 satu badan.. tak sempat ni pi berurut aritu.. kaki sakit.. pinggang sakit.. belakang sakit.. bahu sakit.. hati pun hampir sakit.. nak kat tak cukup rehat.. tipulah plak.. mende remeh temeh pun boleh sakitkan ati aku.. mane lg menunaikan tanggungjawab kat diri sendiri.. cuba menunaikan permintaan org.. aku ni susah sket nak say no.. tolong mana yang mampu.. dah aku sendirik tersusah.. walaupun sebz aku sem ni.. sempat lg aku gi tgk wayang, sempat pi deting, sempat keluar makan2 sambil gelak2, sempat gi ikut member balek kampung, sempat gi majlis orang, sempat gi shopping, sempat tulis blog, sempat membebel, sempat layan kamen rider, sempat chatting, sempat makan, sempat minum, sempat tido, sempat berak, sempat mandi, semuanya sempat.. amekla kesempatan sementara ada ni..
sementara muda sblm tua, sementara hidup sblm mati, sementara senang sblm susah, sementara senang sblm miskin, sementara sihat sblm sakit...
81 hari lagi.. countdown to final submission.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. we can do it.. cukup 40 kali.. kami memang boleh..

FYP Mission Accomplish..
01.26.05 (1:50 am) [
edit]
sangka..
Manusia hari ini suka sangka-sangka
Ada sangkaan baik...
Ada sangkaan buruk...
Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah, mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah, mana tahu yang masam itu keran mengenangkan dosa, mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya.
Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnah nya kayu dimakan api... satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat. semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya Wallahu'alam.
saya tidak suka bersangka buruk dengan orang lain sebolehnya.. kalau boleh elak memang mengelak.. sebab once dah ade sikit buruk sangka.. akan menimbulkan keraguan.. menimbulkan kebencian dah lama-lama bertukar menjadi hatred.. biarlah kita assume bersebab atas tindakannya yang menyebabkan sakit hati atau menimbulkan kebencian dalam diri kita.. kalau masih tidak puas hati sila bertanya dengan baik atau minta penjelasan.. biar puas hati kan?
01.24.05 (8:45 pm) [
edit]
mengurat..
Bila seorang individu cuba mendekati atau menarik perhatian individu lain yang berlainan jantina - individu itu dikatakan sedang mengurat. Walaupun niatnya cuma hendak berkawan dan tidak lebih dari itu, orang lain tetap akan mengatakannya sedang mengurat.
Selalunya mengurat ni lelaki yang buat.. tp zaman sekarang ni dah tak kisah sape yang mengura sape.. perempuan pun ramai yang dah berani.. kalau takde keberanian cemane mimpi nak menjadi kenyataan kan? Jodoh kene usaha.. dan usaha tu kedua-dua belah pihak kene buat..
Saya ingat istilah mengurat ini khas bila kita betul-betul kita hendakkan individu berkenaan sebagai pasangan hidup. Rupa-rupanya tidak begitu pandangan orang lain. Asalkan kita kelihatan cuba akrab dengan seseorang yang berlainan jantina - sahlah kita sedang mengurat. Soal apakah ianya kerana kita nak berkawan sahaja atau ada niat lain tidak timbul.
Selalu orang silap tafisr mende ni.. mengurat tu memang maksudnya nak lebih dari seorang kawan.. tapi adakah mengurat untuk berkawan? Kalau nak berkawan tak perlu mengurat ke? Kalau nak berkawan atau akrab sesama perempuan pun dikira mengurat ke? hehe.. cam lain jek maksudnyer..
Mungkin kerana mereka beranggapan mula-mula berkawan selepas itu ia akan berkembang. Saya pula memulakan hubungan berdasarkan niat. Jika niat saya berkawan, berkawan sajalah. Jika niat saya hendak berpasangan, maka berpasanganlah. Amat jarang sekali niat itu berkalih arah apatah lagi saya jenis yang menumpukan cinta pada pilihan hati.
Bagi saye plak.. saye nak berkawan dengan semua org.. pada peringkat permulaan.. then terpulang kepada keadaan dan individu nak teruskan dengan berkawan sahaja.. atau naik sket lagi level.. kawan baik? atau lebih dr seorang kawan jika berlainan jantina.. yang penting niat permulaan adalah sebagai seorang kawan.. kalau dah niat nak berpasangan.. bila tak dapat.. nak berkawan pun sukar..
Apa pun, demikianlah mengurat - ianya melibatkan proses membaca yang bukan-bukan. Sebagai contohnya, kalau dia tidak pernah senyum apatah lagi tegur kita tetapi pada hari ini misalnya, dia senyum dan tegur kita. Itu sudah boleh ditafsirkan sebagai "lampu hijau". An invitation smile.
Well.. bergantung kepada keadaan jugak.. kala bernasib baik lampu hijau akan menyala.. sebenarnyer lampu hijau sentiasa menyala.. terpulang kepada kebetulan sampai simpang traffic light lampu hijau mmg sudah menyala..Tetapi apakah senyuman dan sapaan itu mutlak dapat ditafsirkan sebagai satu jemputan perkenalan? Tidakkah mungkin ianya membawa erti yang lain? Bagaimana menentukannya? Kalau salah tafsir, boleh jadi kes naya.
Saye jenis yang tak suka senyum saja-saja kepada berlainan jantina sbb sudah tentu responnya kes naya.. Saya rasa ramai yg sejenis dengan saya.. bagi saya senyuman dan sapaan saja-saja tak lebih drpd mesra alam.. friendly kata orang puteh..
Isyarat-isyarat ini apakah benar pula ianya isyarat cinta dan ditujukan kepada kita? Tidakkah mungkin dia melahirkannya tanpa niat sebagai isyarat? Sekadar reaksi spontan terhadap ketika dan situasi tertentu?
Bagi saya plak bukannya isyarat cinta.. tapi maybe salah satu titik tolak ke arah yang positif.. maksudnya lampu hijau untuk perkenalan seterusnya selepas 1st sign.. selebihnya hanya anda boleh menentukannya..
Inilah dilema yang amat besar dalam membaca yang bukan-bukan ini. Kita menafsirkan sesuatu itu sebagai isyarat (signal) berdasarkan kepekaan, ilmu dan pengalaman kita. Manusia ini unik. Barangkali manusia yang kita jumpa itu - tergolong dalam jenis yang sebelum ini kita tidak pernah jumpa. Ada kemungkinan isyaratnya - walaupun biasa kita temui membawa makna yang lain dari yang biasa kita fahami.
Setiap hari kita jumpa manusia yang jarang kita jumpa.. think postive.. menambahkan pengalaman berkawan. tak salah mencuba.. jangan cepat perasan jugak dengan 1st singal.. dan jangan abaikan jugak.. kerana mungkin ditakdirkan itu adalah titik tolak ke arah yang bahagia..
Tetapi bagaimana mahu menentukan? Apakah ada kebenaran mutlak dalam hal ini? Yang selalu menjadi rujukan adalah para senior - mereka yang kita anggap berpengalaman. Tetapi pengalaman mereka adalah unik terhadap diri mereka dan pasangan mereka juga. Apakah kerana mereka telah melalui fasa mengurat itu bermakna mereka memahami seluruh isyarat yang mungkin diberikan oleh pasangan? Tidak juga.
Itulah yang dikatakan usaha.. usaha untuk memahami isyarat itu..
Bila kita percaya sepenuhnya kepada tanggapan maka jadilah hukum seperti jika dia tidak telefon aku hari ini bermakna dia tak suka kat aku. Jika dia tak pelawa aku keluar minggu ini bermakna dia tak mahu kat aku. Sedangkan misalnya, pihak yang satu lagi mempunyai halangan-halangan lain untuk menyebabkan dia melakukan apa yang ditanggap oleh pasangannya. Yang seronoknya, dalam hal ini, pasangan sering sekali mengingkari logik. Kita lebih gemar berpegang kepada - tidak kira apa pun yang berlaku - apa pun kesukaran yang dilaluinya, jika dia sayang kat aku maka dia akan telefon aku, dia akan pelawa aku keluar dan sebagainya.
Inilah dinamakan postive thinking.. sentiasa berbaik sangka.. cuba berada dalam keadaan kedua2 belah pihak.. melihat dr sudut yang berbeza.. dan cuma belajar memahami..
Saya pernah melalui satu ketika di mana saya gagal menghadiri temujanji dengan dia kerana kesibukkan yang muncul serta merta - tidak dirancang. Saya telefon tak dapat-dapat. Ha - salah siapa tu? Bila saya berjaya menghubungi - segalanya sudah terlambat. Dia sudah merajuk dan menyalahkan saya.
Kalau ada penjelasan yang munasabah.. dan berusaha menjelaskan keadaan dengan baik.. dan kedua2 belah pihak bertolak ansur.. takde masalah..
Logiknya mudah - takkan tak dapat telefon langsung? Percayalah - saya dah cuba berkali-kali!!!! Mengapa pula misalnya hal yang sebegitu dijadikan indikator penting dalam menilai keserasian dan keseriusan pasangan terhadap hubungan? Ini saya fikir perlu dinilai semula. Apakah kalau dia lambat 10 minit maka tanggapan kita ialah dia tak suka kat kita, tak bertanggungjawab dan sebagainya.
Begitulah manusia.. nak yang perfect je.. padahal diri sendiri dah perfect ke?
Mengapa ya kita suka membaca yang bukan-bukan? Mengapa tidak kita bersangka baik dan fokus kepada bagaimana kita boleh mengukuhkan hubungan? Mungkin kerana sifat kita sebagai manusia ini ialah pentingkan diri sendiri. dan diperingkat awal hubungan kita menilai pasangan kita - apakah benar dia betul-betul mahukan kita di setiap kesempatan yang ada.
Tepuk dada tanya diri sendiri.. Saya fikir pula bahawa tanggapan ini berasaskan naluri yang salah. Saya berpendapat kita seharusnya meyakini komitmen dan kelangsungan hubungan. Soal bagi kad harijadi atau tidak, hadiah atau tidak, puji-pujian, telefon dan sebagainya adalah cara seseorang itu menzahirkan cinta.
Setiap orang ada cara menzahirkan rasa cinta.. cuma tak nampak.. sebab tu orang kata pentingnya chemistery dalam hubungan.. dalam kes ni saya selalu ikut gerak hati.. Kalau ikut saya, kalau pun seseorang itu melakukan semua yang di atas, belum tentu lagi arahnya dia mahu berumahtangga. Sebabnya, bagi saya, setakat bagi hadiah, bagi kad, concern - itu tanggungjawab sahabat. Tidak mesti ia disertikan untuk hidup bersama.
Tau pun..
Saya juga melihat rasa ragu, rajuk dan marah atas hal-hal seperti terlambat, lupa bagi kad harijadi, lupa telefon dan sebagainya adalah berasaskan rasa diri kita yang takut. Takut dia sebenarnya tidak sayangkan kita sepenuhnya. Takut dia ada yang lain. Takut kita bertepuk sebelah tangan. Pokoknya, kita meragui kasih sayang dia dan komitmen dia terhadap kita. Jarang sekali kita persoalkan komitmen kita dan kasih sayang kita kepada dia. Sedangkan bila kita bicara soal hubungan, ianya melibatkan dua insan ; dua hati.
So cuba tanya diri sendiri apa yang kite nak sebenarnyer..
Dari satu sudut, jika itulah petandanya, maka bererti kita sebenarnya tidak yakin terhadap 'hubungan cinta' bersama. Cinta kita masih belum matang. Bagi saya, jika cinta itu matang, beradalah dia jauh dari sisi, kita yakin cintanya tetap subur. Datanglah Prince Charming dari mana pun, cintanya tetap pada kita.
Aku pun setuju..Tidak sukar sebenarnya untuk mencapai keyakinan sebegini. Asalkan kita dapat menerima pasangan seadanya. Memahami hakikat perkara yang diketahui dan belum diketahui serta - sebagai mansuia - dia dan kita tidak maksum. Jika tumpuan diberikan kepada hubungan dan bukannya soal titik bengik, maka saya pasti, cinta itu akan matang, menjadi lebih indah, mudah diurus dan pertelingkahan tidak lebih dari satu kaedah bermanja.
Jadi jika anda mendekati seorang gadis atau jejaka, awas - anda akan dikatakan sedang mengurat dan setiap tingkahlaku anda - tiap senyum, tiap tunduk, tiap bicara malah dialog pun - akan dinilai bukan saja oleh dia - sebab kadang-kadang yang diurat pun tak sedar dirinya sedang diurat - tetapi lebih dahsyat oleh orang sekeliling yang gemar pula bermesyuarat tidak rasmi dan sanggup membincangkan hal-hal sebegini berjam-jam lamanya. Itulah - nak kawan pun susah. Nak bertenet pun lagi susah. Ingat senang?
heheh.. nak berkawan senang je.. niat kene betul.. klu niat nak berpasangan tu yang susah kot.. Oleh : A Firdaus
afirdaus1@lycos.comditokok tambah oleh: Ajurina
01.24.05 (2:33 pm) [
edit]
another monday..
Dia Fadila - Aku Masih Setia
Kini telah tiba masanya
Untuk kita berbicara
Tentang hubungan ini
Yang makin dingin dan menyepi
Teman-temanku membawa berita
Berita kecuranganmu
Namun aku masih mampu
Masihku bertahan kerana
Aku masih setia
Namun kesabaranku ada batasnya
Mungkin jua kerna
Aku masih menyintai
Bukanku menyalahkan
Hanya sekadar ingin mengingatkanmu
Agar cinta ini
Kembali bahagia
Semakin kusut ku rasai
Hari berganti hari
Engkau terus membisu
Egomu makin membelenggu
Apakah aku yang keliru
Bingung dikaburi cemburu
Atau sememangnya dirimu
Sebenarnya begitu
Aku bukan boneka
Yang bisa kau lakukan semahunya
Namun cinta ini
Ku bertahan
Dan kerana
Aku masih setia..
Di sudut hatiku
Masih percaya
Dikau kembali seperti semula
Dikaukan kembali...
sayang..
another monday has come.. hehe.. there will be next Monday insyaAllah klu Allah mahu aku menemui next Monday.. smlm jam hampir jam 12 selamat sampai di bumi Cyberjaya.. kembali ke sini meneruskan misi yang tergendala sejak 5 hari yang lalu..
raya aji di muar..
1st time menjejakkan kaki ke bumi Johor.. ade due pilihan.. selain Tapah yg pernah aku pi.. kali ni nak beraye kat Johor lak.. khamis malam dlm kol 7 malam bertolak dr KL terus ke Muar lalu jalan dlm elak jam.. yg bwk kete bakal bini mike hakkinen.. alhamdulillah selamat sampai kol 10.30 malam kat kg fid. Plan nak wat ketupat pulut.. dah sampainyer malam raye.. so penat2 terus tido.. esoknyer pagi2 raya sempat wat kek cekelat.. haha sedap gak.. padahal resipi dr kotak supermarket jek.. ptgnyer beraye kat umah kakak die kat Tangkak.. sempat aku sambar 2 lai kain dr Tangkak.. sourvinier utk diri sendiri.. esoknye lak beraye umah kellyLAh.. membawa risikan dr ehem-ehem.. tp disambut dengan gelak.. ingat kami ni main2 kot.. dah muke badut kami berdue.. so die tak anggap series.. nak wat cemane klo dah org punyer KOT.. hehe.. ptg tu lak gi rewang kenduri kawen umah kwn skolah fid lak.. tolong la sket2 kat hantaran die.. tu jek mampu tolong.. then mlm tu gi kenduri keluarga mbah die kat mane tah.. lupe plak.. kumpul2 sedare die.. lebih dr due dozen gak.. wat bacaan yassin ngan tahlil ramai2.. aku je satu2 org luar.. termasuk gak bace yassin sekali.. tak pernah lg join family punyer jemaah.. teharu sat.. esoknyer lak pagi2 gi kenduri kawen kawan sekolahnyer.. ikut gi masjid tgk akad nikah.. wow 1st time lg ikut.. banyak 1st time aku sejak due menjak ni.. ptg tu lak rehat2 sblm bertolak balek lepas asar..
1st time..
wow.. citer pasal 1st time banyak aku wat sejak due menjak ni..
1st time gi ikut rombongan meminang kat pantai dlm.. siap bwkkan hantaran lak tu.. dahle kawan2 je.. bukan sedare mara..
1st time makan cempedak-nangka.. haha oi jgn gelak..
1st time jejak kai ke Johor.. walaupun dah hampir 5 taun duduk semenanjung
1st time gi tgk akad nikah
1st time banyak lglah.. lupe plak.. hehe
crit..
mende ni dah lali dlm kamus hidup aku.. balek jek sini.. dpt email dr Belinda yg cute.. dpt grp 1st hari jumaat kang.. lege sekt je.. lambat sehari.. kengkawan yg lain 2 org lagi blom muncul kat MMU.. banyak mende nak kene settlekan.. mlm kang diskas.. back to main mission..

FYP Mission Accomplish..
01.24.05 (1:50 pm) [
edit]
salam aidil adha..

samada korang masih hidup ke dah mati.. wherever u are i really missed u guys.. huhu.. (dlm kenangan.. petty, tuty and awang)
harini..
harini bgn lambat.. bukan sengaja.. bukak mata jek dah pukul.. hehe tayah cakap la ek.. pastu siapkan diri.. mandi solat makan.. pastuh ngadap ajuinc.. rutin harian aku.. sakit abdomen belakang masih lg menyengat. sakit otot lengan pun ade sket.. bahana jadi tukang bwk hantaran ahad lepas.. tutandanya dah lame tak bersenam.. asek bersenam atas kusi je.. dan bahan2 toksik dah banyak terkumpul dlm badan.. pedulikkan semua tu dulu.. lepas abis ni nak wat overall treatment ke atas diri sendiri.. nak amek perhatian plak kat anggota fizikal..
pocket money..
sejak sem 3 ni baru 2 kali mintak duit banje yang dah kurang separuh lagi.. huhuhu.. nak mintak banyak kali pun segan dah.. yerlah time nak duit jek baru call umah.. tu pun kdg2 main sms jek.. tadik pun call rumah kejap.. call kakak tp mak yang angkat.. dpt jugak aku cakap ngan mak.. bagitau die aku ikut ikut member balek muar raye haji ni.. nak jek ckp yg duit banje tu tak cukup tp.. malas lak nak gitau.. nasib baik ade sumber lain.. tp lambat lagiklah nak dpt.. duit siling ade 70 sen jek ckp ngan mak.. tu pun ckp jek mane penting.. lame dah tak sembang lame ngan die kat dlm tepon sejak aku balek sini disember lepas.. die ckp adik aku tgh duk anyam keputat.. huaa.. lame dah aku tak anyam ketupat utk raye haji..
raye haji..
esok ptg ikut member balek muar johor.. hoyey.. tak pernah lagi jejak ke johor sblm ni.. nilah peluangnyer.. beraye haji same.. cam taun lepas beraye haji kat cyberia je.. pastuh emosi sket.. adelah sebabnyer tuh.. pastuh ikut housemate beraye kat umah makcik die kat kajang.. raye sblm tahun tu raye kat semenyih klu tak silap.. umah syikin.. taun ni plak aku tammo beraye kat hostel mmu yg spooky ni.. walaupun hati berat nak pegi.. sbb ade presentation the next weeknyer.. tp bile pk balek aku bak balek mane plak? dok sorang2 sini? huhuhu.. i don't think so..
crit..
dpt email reply dr belinda tutor fa.. next week crit takleh ditunda sbb ramai yg working behind time.. huhu.. balek dr johor ahad.. so ade mase senin selase rabu utk prepare for crit next thursday.. balek tu pun nanti penat mcm jek boleh wat keje terus.. adess.. banyak nak kene baiki.. crit sblm ni pun amek mase 2 minggu nak buat.. ape lg utk minggu depan? 3 hari.. huhu.. mau remuk tulang belakang aku dok depan pc ni kang..
lagi..
beberape hari yang lalu sembang dengan mamat rawang tu kat ym.. ade soalan yang die tanyer pendapat mengenai dirinya kat aku.. dan dlm masa yg same gak cube nak meyemai benih2 harapan dlm diri aku.. cukupla dulu aku yg bertepuk sblh tgn je.. so aku be profesional.. 'if u need me as friend.. i'll be there' that's it.. aku dah ade komitment lain.. so i can be your friend forever..
syak..
lately aku selalu disyaki.. disyaki ade relationship istimewa yang aku sembunyikkan.. roomate aku yg rapat pun tak pernah tanyer.. so i don't expect org lain akan tanyer.. klu ckp keluar ngan member.. aku akan dibalas dengan satu pandangan syak wasangka.. haha.. am i old enough to have no relationship at this age? well.. only me know the answer.. so pape citer seterusnya.. tunggu jek la.. right now no comment..
bonda wawa..
wawa mai kejap td singgah melawat kami seperti biaser.. klu die dtg mmu mmg tak pernah lupa kewujudan kami disini.. xde makanan bwk.. askrem pun jadikla bagi die.. rase cam cikgu tadika lak.. kasi makanan ringan dan jajan utk kiteorg kunyah2 sambil buat fyp.. mmg tak pernah lokek dengan buah tgn.. sampai kami pun tak larat nak makan.. walaupun sebz mane pun die klu ade mase sure dpt jumpe.. wawa.. sarah.. ain.. melor..
selamat..
lately lagi seorang kawan dah selamat bertunang.. pertengahan feb akan ade lagi sorang yang mengundang dtg ke majlisnya.. bulan seterusnya plak seorang kawan satu course dulu akan melangsungkan kawen.. alhamdulilah semuanya selamat mendirikan masjid.. ikutkan mmg setiap hari ade orang kawen.. tp utk kawan2 dan saudara yg terdekat dan rapat.. bila ade yg ramai2 kawen.. sedikit sebanyak terasa gak.. terasa yang diri aku ni bile lg.. terasa yang setiap hari umur meningkat.. terasa yang setiap hari banyak benda boleh terjadi.. ajal.. maut.. jodoh.. semuanya di tangan Tuhan..
jalan-jalan cari makan..
tadik kuar jap gi bangi.. sorang member ajak jumpe member die yg baru kenal.. lupe plak dah nak raye aji banyak plak kedainyer tutup.. lasty lepak gak kat restoran yus sebelah kedai mamak suke amek gamba dengan adik manis.. haha.. layan air poyo dan mee grg yg tak sesedap kedai mamak.. balek bilek makan karipap wawa bwk td.. mamat tu call dr tmpt keje die.. so layan le brg sploh doploh menet.. then layan kamen rider sat.. haha.. hobi baru skg ni mendownload kamen rider.. layan jek.. tapi kamen rider blade dan 555 tak sebest kamen rider ryuki yg ade identiti sendiri..
01.20.05 (12:46 am) [
edit]
selase dtg lagi..
lawak kali ni.. hehe
Siapa tak kenal P Ramlee? Dia pelakon, penyanyi, komposer, pengarah, pelawak, penulis skrip, etc. Dia Seniman Agung. Semua orang tahu itu. Tapi tahukah anda P Ramlee adalah anak ke-16 daripada 26 adik-beradik? Tiga daripadanya adalah artis. Inilah hasil kajian sepuluh tahun yang dijalankan oleh Prof Dr. Ghazali Faizul, seorang pakar sejarah.
Berikut adalah nama adik-beradiknya: A Ramlee, B Ramlee, C Ramlee, D Ramlee, E Ramlee, F Ramlee, G Ramlee, H Ramlee, I Ramlee, J Ramlee, K Ramlee, L Ramlee, M Ramlee, N Ramlee, O Ramlee, P Ramlee, Q Ramlee, R Ramlee, S Ramlee, T Ramlee, U Ramlee, V Ramlee, W Ramlee, X Ramlee, Y Ramlee, dan Z Ramlee. Yang yang sempat rakam album dan jadi artis adalah: A Ramlee, L Ramlee, M.Ramlee dan P Ramlee. Beliau juga ada 3 saudara pupu.di mana dua daipada mereka bergiat dalam bidang music iaitu Ramli M.S dan Ramli Sarip.Manakala seorang terlibat dalam bidang perniagaan.. iaitu Ramli Burger.. Sekian terima kasih. jangan marah hah......
kalau dulu time waktu zaman persekolahan hari isnin paling aku benci.. tahle tataulah.. maybe ari senin selepas ahad.. ahad cuti.. so isnin kene salahkan bile kene pi sekolah.. isnin ada perhimpunan.. isnin gak dateline kerja rumah.. rabu paling best sbb dewan makan kasi nasik ayam.. macam tak pernah makan ayam jek seumur hidup.. tp skg ni bagi aku semua hari adalah sama.. semua hari ade best ade yg tak bestnyer..
bg aku waktu2 singkat study di MMU ni perlu dihargai dengan bagus.. yg dah keje rase nak study balek.. yg tgh study tak sabar lak nak keje.. akulah salah seorang drpdnyer tuh.. dah bape kali dah ckp.. asek ckp crap jek.. arini battery badan aku sgt low.. biaserlah lepas ctir jek lepak tak hingat.. dah nak dekat mase baru pulun.. tertonggeng terlentang.. terhumban buat keje.. kasila masa sampai bile2 pun takkan siap nyer.. klo dah malas.. klu tak push mmg tak jalan.. bile dah push rase tertekan.. bile tertekan takleh nak buat keje dengan sempurna.. bile takleh buat keje dengan sempurna kite akan melukakan hati org lain dan menghampakan harapan org pada kita..
arini aku terasa amat letih.. balek dr crit tadik.. mandi.. gilos.. lagi 7 menet jadual crit aku baru jage.. cuci muke jek.. 1st time aku pi kelas.. presentation plak tu tak mandi.. demm.. cuak. takut.. mengah.. letih.. semua campoq sekali.. sib baik ok semua.. tp more to work with.. fuhhh... lege abis.. lega sementara jek.. another 4 more to go.. walaupun kelas 10 menet jek seminggu.. selasa atau khamis.. selebihnya memeruk rojak dlm bilek.. mendedahkan diri kepada radiasi.. kepada udara tersekat.. pada lantai dingin dan pada kerusi yg setia member khidmat.. tatkala ni pun aku rase sgt letih.. letih tapi takdek mood nak berehat atau membaringkan di tilam empuk aku.. letih tapi larat lg melayan chat kawan2.. larat lg menulis blog ni.. aiii.. letih.. letih.. makin letih klo cakap letih.. yerlah tak letih..
ermm.. kdg2 banyak mende aku nak ckp.. tp tibe2 ilang plak dr ingatan.. ermm.. letih plak membebel sini.. baikaku layan kamen rider jap.. hehe.. hensinn..

FYP Mission Accomplish..
01.18.05 (3:01 pm) [
edit]
another Saturday..
arini dah sabtu rupenyer.. esok plak ahad.. klu dihitung2 hari ni mmg cepat berlalu.. apa lagi klo buat2 tak tau.. silap2 dah taun depan.. silap2 dah abad depan.. kehidupan aku mcm biaserlah.. for another 4 month akan dtg pun same je.. level of mood turun naik ikut pasang surut air.. tp tak tentu.. perasaan yg bergelora dan berkocak di dalam tiada siapa yg tahu.. namun kuteruskan jua hidup ini sebagai seorang pelajar..
kata-kata putus asa seorang teman membuatkan aku jugak sedikit goyah.. nasib baik aku masih kuat.. masih kuat mencengkam dasar berpaut lebih kukuh lg.. whatever happen.. mesti diteruskan dah diselesaikan jugak.. sampai bila nak mengelak.. mengelak lepas tu terpaksa bersemuka lagi dengan benda yang sama.. benda yang sepatutnya boleh diselesaikan awal.. semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami..
komitmen baru yg aku ambil sejak 3 bulan yg lalu tak dinafikan membebankan perasaan jugak.. jiwa ini terpaksa berkongsi kasih dengan orang lain.. bahagian setiap antaranya semakin sikit.. cuba untuk berfikiran positif setiap yg berlaku ada hikmahnya.. setiap yg ada kelebihannya tetap ada.. semoga ku tak lupa diri bila gembira..

FYP Mission Accomplish..
01.15.05 (10:45 pm) [
edit]
ermm..
a friend remembered me with my mom.. adess.. sedih plak.. why? did i do something wrong that would hurt my moms feeling? i guess not..
semoga Allah memberkati dan mempermudahkan urusan kita semua pada hari ini.. aminn..
"kerna peribadinya aku terpesona.. kerna budinya aku jatuh cinta.."
01.15.05 (3:15 am) [
edit]
erm..
hoho.. aku tak lupe harini besday adik lelaki aku yang bongsu.. Happy Birthday.. walaupun die tak bace blog ni.. tapi aku nak die tau aku ingat besday die yang ke-14.. dah besar rupenyer adik bujang aku sorang ni.. nak kasi adiah ape ek? sememangnya tak pernah kasi adiah pun time besday adik beradik yg lain.. sbbnyer aku selalu xdek kat umah.. anyhow.. aku sentiasa ingat..
crit dijadualkan selase ni.. 2 minggu masa nak buat animatics tapi banyak lg tak siap sebenarnya.. ermm.. tatau nak ckp cemane.. masing2 pun dengan urusan sendiri.. aku pun tak terkecuali.. arini pun sempat lg pi dating walaupun kejap.. azzah dah balek Tapah.. Nik plak still here working hard with her project.. dah aku? ermm no komen.. masih lagi melengah2kan keje yang patut disiapkan awal.. ahad ni plak nak gi majlis pertunangan member.. ermm.. walaupun aku bz dengan fyp ni.. tp klo aku boleh buat sambil2 banyak perkara.. tabik utk diri sendiri.. dan oh ya.. nazar aku utk kejayaan semester ni.. seharusnya mesti aku ingat..
today..from deep inside my heart.. i realize something new.. not new maybe abandoned these days.. semoga ku tak lupa diri bila gembira..

FYP Mission Accomplish..
01.13.05 (5:36 pm) [
edit]
e-mail
Assalamualaikum
1. Apa khabar kitak?
2. Apa polah kinek tok?
3. Mun ada terima emel tok, please sms kamek kat no tok: 013-*******. Nak call kitak pun susah coz slalu jak -Touch Link Service-. Mun nak nunggu kamek check mail memang lambat sikit pasal kamek jarang bukak mail. Sorry for that!
4. Ok, ya jak. Salam ngan kitak. Miss U very much!
Wassalam
H***** A****
013-*******
dia masih tak benci ngan aku rupenyer..
01.12.05 (10:13 am) [
edit]
hakikat sebuah pernikahan
untuk bacaan 21 tahun ke atas... hehe
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ada banyak alasan manusia yang membuat dasar dari hakikat pernikahan, hakikat yang seperti apakah yang paling membahagiakan? Cuba kita lihat... dan di manakah pilihan kita???
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana SEX, maka pasangan rajin bertengkar jika servis di kamar tidur tidak memuaskan.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana HARTA, maka pasangan bakal bubar jika bangkrup.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana BEAUTY/BODY, pasangan bakal lari jika rambut beruban dan muka keripot atau badan jadi gendut.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana ANAK, maka pasangan akan cari alasan utk pergi jika buah hati (anak) tidak hadir.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana KEPRIBADIAN, pasangan akan lari jika orang berubah tingkah lakunya.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana CINTA, hati manusia itu tidak tetap dan mudah terpikat pada hal-hal yang lebih baik, lagipula manusia yang dicintai pasti MATI / PERGI.
- Jika hakikat pernikahan adalah kerana IBADAH kepada ALLAH, sesungguhnya ALLAH itu KEKAL dan MAHA PEMBERI HIDUP kpd makhlukNYA.
Dan ALLAH mencintai hambaNYA melebihi seorang ibu mencintai bayinya. Maka tak ada alasan apapun didunia yang dapat meretakkan rumah tangga kecuali jika pasangan mendurhakai ALLAH.

FYP Mission Accomplish..
01.10.05 (11:35 pm) [
edit]
ermm..
A small truth to make your life 100%
If
abcdefghijklmnopqrstuvwxy z
Equals to
1234567891011121314151617 181920212223242526
Hardwork
H+AR+D+W+O+R+K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 26%
Knowledge
K+N+O+W+L+E+D+G+E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
Love
L+O+V+E
12+15+22+5 = 54%
Luck
L+U+C+K
12+21+3+11 = 47%
(don't most of us think this is the most important???)
Then what makes 100%?
Is it Money? ... NO!!!!! [M+O+N+E+Y = 13+15+14+5+25 = 72%
Leadership? ... NO!!!! [L+E+A+D+E+R+S+H+I+P =
12+5+1+4+5+18+19+9+16 = 89%]
Every problem has a solution, only if we perhaps change our attitude.
To go to the top, to that 100%, what we really need to go further...a bit more...
ATTITUDE
A+T+T+I+T+U+D+E 1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%
It is OUR ATTITUDE towards Life and Work that makes OUR Life 100%
Attitude is everthing Change your attitude and Change your life
WHAT WILL YOU DO ABOUT IT!?
THE LEAST YOU CAN DO IS LET OTHERS KNOW
(this is just something i wanna share with others. how attitude is the most important things in our daily life.. no matter how smart, how wealthy are you.. if you have no attitude.. you can't go futher.. )
dah pat lime ari aku mengalami kepenatan dan kemalasan yang luar biasa.. erm.. biaserla.. kdg2 tu mai penyakit tu dalam pat lime kali gak dlm setahun.. paham-paham jek la.. sib baik crit time tunda next week.. tp keje berganda lah plak.. skg ni aku tgh mengumpul semula semangat yg berterbangan..
smlm have a very good time dengan sarah and yanie.. lame tak jumpe sarah.. menten jek die.. still sekeping cam dulu.. layan the aviator pastuh jalan2 shopping and makan2.. terlepas gak hajat aku nak makan KFC.. haha.. mlmnyer pas mandi semua.. org tu menunaikan janjinyer.. at least terubat rasa rindu.. tak sentuh lg keje.. tido awal.. seperti 3 malam yang sudah..

FYP Mission Accomplish..
01.10.05 (10:34 am) [
edit]
ermm..
A Place in Time - Amanda Abizaid (OST The 4400)
So long ago.. another life
I can feel you heart beat
It's not a dream.. remember us
I can see it in your eyes
We'll find our place in time
A place in time beyond the sun
We'll find our place in time
A place in time to call our own..
sejak semalam aku rase penat semacam.. aku xde plak buat keje2 berat sampai penat.. penat mengadap pc ni kot.. penat yg dulu2 semua terkumpul.. sblm ni ok jek.. tp klo dah terase penat camni aku pun kemalasan nak menghadap pc.. malas nak buat keje.. keje aritu pun xde progress lg.. aduhh.. gimana ini? cam penat jantung jek.. and time2 camni terasa tibe2 nak makan KFC lak.. ahaha.. kfc idaman ku selalu..
01.07.05 (1:16 pm) [
edit]
perempuan tak guna..
artikel menarik mengenai perempuan tak guna.. (sila bace intonasi yg betul) senarai ke 7 menarik perhatian..
Perempuan memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yg bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini “….Maka janganlah kamu tunduk dlm berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dlm hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik” ‘Tunduk’ di sini ditafsirkan sbg berbicara dgn sikap yang boleh menimbulkan kebaranian orang untuk bertindak jahat kpd mereka. “Penyakit dlm hati” adalah keinginan seorang lelaki utk melakukan perbuatan sumbang dgnnya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kpd seorang wanita melalui suaranya.
due tige menjak ni rajin plak aku pi surf2 web yg aku selalu surf.. delete email2 yg dah basi.. bace blog org.. ouhh aku tak suke bace blog yg tulisannyer ya ampunn kecik yg amat.. susah nak bace.. dahle aku ni rabun.. makin rabun.. so paham2 jekla sape punyer font blog yg kecik sgt tuh.. ermm..
tah nape tadik tgh check2 mail.. aku tergerak hati plak nak check email 'seseorang'.. dulu masa masih baik apa pun takdek rahsia.. cemane tah boleh trust each other kasi password e-mail masing.. dan aku pasti die tak ingat pasword e-mail aku.. dah yg pastinya aku masih ingat password email die.. dulu aku rajin gak bukak.. bila dah xde pape hampir 2 tahun.. aku still lagi masih nak tau pasal die.. tadik aku klik inbox die.. bukan sekali due aku buat camtu.. 9 bulan lepas aku pernah buat.. and this time aku agak sedih.. die dah clean bersih inbox die.. termasuk e-mail yg pernah aku kasi.. lepas xde pape hampir setahun die masih simpan seingat aku.. ni dah hampir 2 tahun semua dia dah buang.. maybe no tepon aku sekali.. sekaligus nama aku sekali dalam ingatannya.. erm.. aku check balek e-mail aku.. rupanya aku dulu yg buang segala email die.. maybe skg ni dah xdek benci aku kat die.. or maybe die plak dah benci aku walaupun as kawan.. salah aku buang die terus dlm hidup ni.. sbb luka lama.. lukakah namanya tu? lumrah manusia.. bila ade diabaikan.. bila dah takdek dikenang-kenangkan.. takpelah.. i wish him all the best in his life.. panjang umur jumpa lagi..
01.07.05 (1:10 am) [
edit]
bagaikan sakti
Siti Nurhaliza:
Cinta datang
Tanpa diundang
Seumur masa tercipta
M.Nasir:
Dia datang bagai sakti
Bagai menyaksi mekar
Kembang pagi
Ohhh..
Siti Nurhaliza:
Cinta datang
Dengan senyuman
Panasnya membakar mentari
M.Nasir/Siti:
Wajah yang tergambar
Tak akan terpudar
Dari hati insan yang fana ini
Fana ini¡
M.Nasir
Tak mungkin mentari
Akan terus sembunyi
Siti:
Tiada sempadan
Tak bisa kulewati
Korus:
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan ragaku
Menanti muara sengsara
Jika ini ketentuannya
Jika ini hakikatnya
Aku serahkan jiwa dan raga
Jika ini ketentuannya
Kaukan jadi milikku jua
Ulang Korus
salah satu antara beberapa ketul lagu-lagu yg berjuta2 kali main dlm mp3 list aku.. lirik yg simple tp best.. irama lagu melayu klasik yg menarik.. lagi2 klo siti nurhalija yg nyanyi.. aku paling suka rangkap yg memule sekali.. haha cinta memang sakti ek.. klu traslate gi Bi.. jadiknya like magic? or like miracle? ermm.. ekceli dah lame tak donlod lagu.. tanyala aku ape lagu terbaru.. tah tatau aku.. lam pc aku ni seme lagu2 lame yg dah basi klo makanan dah reput dah.. leh wat baja.. tp aku takde inisiatif nak donlod lagu baru.. kdg2 lagu tu dah basi main kat radio baru aku terhegeh2 gi download.. tah.. dengar radio pun jarang.. lainla klo kat umah tu 24 jam pasang radio terutama pagi2.. sape lgk lo tak mak aku yg rajin bukak.. bukan ape.. bzlah nak wat keje2 merepek2 ni.. ecewah.. keje merepek tu la dulu ko selalu buat.. sejak dok layan 'awek' tu cam xdek mase jek buat keje dulu2.. ermm klo ingat2 balek keje merepek yg aku selalu buat.. chat irc.. buat webserver.. tukar skin2 segala skin windows.. skin yahoo messenger.. ape tah lg.. skg ni semua pakai default je.. xde keje nak wat mende2 tu lg.. ape tah lg aku mmg tak ingat.. banyaklah keje2 yg aku rase lebih kepada exploring yg aku wat.. skg ni hobi lain lak.. cthnyer.. blogging ni ha.. selain layan 'awek' layan CSI, Malcolm dan beberapa movie yg tak berbaloi nak pi tgk wayang atau tak sempat nak pi tgk wayang..
ckp pasal wayang.. ahaks smlm aku entertainkan diri pi tgk Kung Fu Hustle.. aku rase ni filem kantonis kedua aku tgk kat wayang.. terpk gak ape kejadah org melayu pi tgk filem cine kat wayang.. tp sbb aku minat Stephen Chow.. aku gi gaklah.. lgpun mmg box-office.. dah lawak yg mmg takleh nak dipertikaikan walaupun ganas dan full of effect.. so sape2 tak suke tgk citer ganas tayah tgkkot.. haha tp klo nak tgk layan jek la lawak bodoh die.. sekali sekala lepaskan tensen kan? tp mmg puas hatila tgk.. hampir tak sempat nak tgk smlm disebabkan jam.. wondering plak apekejadah tibe2 jam malam selase lak tu.. dekat sejam gak jem.. perjalanan sepatutnyer 15 menet jadik sejam.. sib baik ade seat lg.. rupenyer ade eksiden teruk kat depan mines tuh.. kat traffic light tuh.. aku tau citer selanjutkan kat cine kedai computer time aku nak gi beli cdr.. 14 buah kete renyuk cam kertas die citer.. tp takdek yg meningal lak.. cedera parah kot.. die kate lori tak break atau break rosak rempuh kete2 yg tgh tunggu green light kat situ.. huhuhu.. dasyat sungguh.. enaf pasal eksiden.. aku dah seram dah mende2 camni sejak kisah tsunami 26 disember aritu.. ya.. mmg banyak kejadian yg mengingatkan kita pasal mati.. cuma manusia ni tak ingat jek.. Allah boleh tarik nyawa bila-bila Dia suka..
cam biaserlah ni lepas crit yg ke-3.. ade lebih kurang 6 presentation lg perlu ditempuhi.. emosi skg ni walaupun masih berkocak tp terkawal.. perlu pastikan i feed my body and soul accurately.. perlu bagi masa utk diri sendiri.. masa utk org lain jugak.. banyak hati perlu dijaga.. relationship yg sedia ada juga perlu dijaga dengan baik.. misi yg penting perlu diselesaikan dulu.. then misi2 seterusnya perlu diplan dengan baik.. abaikan dulu mana yg tak penting.. life must go on.. dah 5 bulan pakai zaju ni die dah menunjukkan tande2 tak sihat.. td baru aku charge battery.. takkan aku overcharge kot.. tibe2 tak sampai setengah hari battery dah low.. huhuhu.. adekah i did something wrong with her? ermm sabo ek zaju.. nanti bwk pi spital.. warranty ade lg..
2005.. ermm.. ada apa dengan 2005? tak terasa aura 2005 nyer.. yerlah penutupan 2004 penuh kisah dan tragedi.. 2005 disambut dengan hambar jugaklah.. well.. insyaAllah perjalanan 2005 dipenuhi dengan suka duka dan keceriaan.. opss jgn lupa diri bila gembira..
01.05.05 (3:55 pm) [
edit]
alhamdulillah..
alhamdulillah.. emosi aku dah ok dan bertahan hampir 24 jam.. kat sape lagi aku mengadu klo bukan kat Dia.. so alhamdulillah Dia paham dan memahami.. semoga aku tak lupa diri bila gembira..

01.03.05 (6:15 pm) [
edit]