cuti-cuti malaysia

at last.. this is the last day of this semester I’ll be in MMU.. last day for eema perhaps.. not for me.. sbb ade 2 semester lagi belajar di bumi MMU tercinta ni.. a few hours more I’ll be flying to Kuching.. home sweet home.. barang2 semua dah pack.. tak bawak banyak pun just satu beg jek (tapi padat hehe).. alone in the room since a few days ago.. roommate seme dah balek.. server pun dah bengong semacam.. cam nak halau balek jek.. kat floor aku ni aku rase aku sorang jek manusia yang hidup kot.. nampak banyak bilik dah gelap dengan tingkap tertutup rapat.. tak sanggup nak duduk sini lagi even a day more time2 cuti gini.. dahle takdek exam.. practical dah abis lame suppose aku dah 2 minggu kat umah.. tapi demi menyetelkan keje2 yang perlu disetelkan.. stay for a few days pun sanggup.. ermm nampaknya proposal and research dah settle.. cume tunggu approval.. lain2 keje dah beres.. boleh bercuti dengan amannya.. (duduk umah jek pun) yerlah merehatkan minda dr pk pasal study dan computer.. terpakse meninggalkan ajuinc aku yang aku sayang nih.. hopefully bila otak tak pk pasal study aku tak memenatkan pale otak plak pkkan pasal ‘itu’.. ‘itu’ telah aku tamatkan perkhidmatan buat sementara hopefully.. so tunggu lain kali bila masa yang sesuai nak bukak balik citer ‘itu’.. walaupun takdek mende yang terjadik sebenarnyer.. tapi kesannye pun dah cukup hebat..
so dalam masa 3 minggu aku tak dpt nak update blog ni.. maklumle kat umah takdek internet.. komputernyer ade.. tgklah kalau aku rajin pi cc.. nak kuar rumah pun malas bile dah jadi suri rumah sepenuh mase nih.. kepade yang bercuti.. selamat bercuti ek seme.. selamat menyambut merdeka esok.. teringat merdeka tahun lepas masa dok kat cyberia.. 1st time menyambut merdeka di dataran dengan melor, reza and izar.. mmg tak sangka aku ade kat situ.. and this year.. sambut dalam mimpi jek la.. anyway rasa bersyukur sbb negara dah aman 47 tahun..
08.30.04 (9:11 am) [
edit]
if life is so short
If Life is so Short - The Moffats
Isn't it funny how time seems to slip away so fast
One minute you're happy the other you're sad
But if you give me one more chance
To show my love for you is true
I'll stand by your side your whole life through
If life is so short why won't you let me love you
Before we run out of time
If love is so strong why won't you take the chance
Before our time has gone
If life is so short, if life is so short
Love is a word that explains how I feel for you
And when you're in my arms all my dreams come true
And when you're not around you can hardly see
These tears that I'm crying now are for your to be with me
dengar lagu ni teringat zaman sekolah menengah dulu.. rasenyer time tu form 2 kot.. kengkawan aku mmg gile minat ah lagu nih.. setiap sorang mesti ade buku lirik.. semua jenis lagu ada.. time tu yang tengah hot britney spears, backstreet boys, n'sync, the moffats, westlife and banyak lagi lah.. zaman-zaman boy bands yang lagu jiwang abislah.. macam buku resipi.. malam-malam atau hujung minggu melalak dengan radio atau walkman nyanyi ramai-ramai.. dan selalunyer aku tukang dengar jek.. ahah.. sesungguhnya aku tak pernah nyanyi untuk orang selain selain drpd diri sendiri.. dalam dorm aku yang paling rajin salin lirik sambil dengar radio adalah si marlinne, budak yang paling terrer jugak dalam kelas.. lagu tula sumber inspirasi die bile time lepas tension belajar.. time tu aku paling minat pun boy band n'sync.. lawak btol bile teringat.. skg ni tah wujud lagi ke tidak lepas justin menyanyi solo..
huh.. nape terkenang zaman sekolah menengah nih? mmg aku rindukan deruan ombak depan smslabuan..ombak yang menemankan aku study selama 5 tahun.. walaupun hitam gelap pun muka.. deruan ombak peneman tido sepanjang malam.. ombak yang menemankan time tengah dengar cikgu mengajar dalam kelas.. apa kabar labuan sekarang ek? sijil SPM aku pun masih ade kat sekolah tu lagik tak amek.. last time aku berada di labuan time disember 1999.. time SPM.. hampir 5 tahun yang lalu.. dengar citer sekolah aku tu dah cantik dah skg.. dengar citer jek.. sekeping gambar pun tak pernah tgk lagik.. i'll come back to you Labuan.. hehe.. insyaAllah tahun depan..
[b]::Sekadar Renungan::[/b]
"Pada malam tatkala hamba membaca Al'Quran di makam Rasulullah, dan hamba sampai tertidur, lalu hamba bermimpi. Didalam mimpi hamba bertemu dengan Rasulullah SAW, dan beliau berkata, "didalam 60.000 orang yang meninggal dunia, diantara bilangan itu tidak ada seorangpun yang mati beriman, dikarenakan:
1. Seorang istri tidak lagi mendengar kata-kata suaminya
2. Orang yang kaya yang mampu, tidak lagi melambangkan atau menimbangkan rasa belas kasih kepada orang-orang miskin.
3.Sudah banyak yang tidak berzakat, tidak berpuasa, tidak sholat dan tidak menunaikan ibadah haji, padahal mereka-mereka ini mampu melaksanakan.
"Oleh sebab itu wahai Syechk Achmad engkau sabdakan kepada semua ummat manusia di dunia supaya berbuat kebajikan dan menyembah kepada Allah SWT." Demikian pesan Rasulullah kepada hamba, Maka berdasarkan pesan Rasulullah tersebut dan oleh karenanya hamba berpesan kepada segenap ummat Islam didunia :
a. Bersalawatlah kepada Nabi Besar kita Muhammad SAW.
b. Janganlah bermalas-malasan untuk mengerjakan sholat 5 (lima)waktu.
c. Bershadaqoh dan berzakatlah dengan segera, santuni anak-anak yatim piatu.
d. Berpuasalah di bulan ramadhan serta kalau mampu tunaikan segera ibadah haji.
08.28.04 (6:39 pm) [
edit]
kumohon

Setiap hari aku bermohon agar Kau sentiasa memberiku ketenangan didalam hati dan sebuah kekuatan untuk menempuhi segala dugaan hidup yang penuh mencabar ini. Dan aku pasti punya ertinya sendiri. Engkau berikanku harapan dengan menjawab segala persoalan yang bermain difikiran ini. Menasihatiku agar menghadapi semua ini dengan tenang dan dengan merasa kesyukuran. Aku sentiasa mendo'a Kau selalu mengawasi gerak-gerikku dan berkatilah aku kerana aku perlukan rahmat dariMu. Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini. Oh Tuhan aku berserah segalanya kepadaMu agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu. Adakalanya aku merasakan bahawa hidup ini seperti kaca. Jikalau tidak bersabar hancur berderailah akhirnya. Tabahkanlah hatiku melalui semua itu kuatkanlah dan cekalkanlah diriku. Curahkanlah nikmatMu pada hidupku oh Tuhan dan terangkan hati dalam sanubariku untuk menempuhi segala hidup penuh cabaran ini. Oh Tuhan aku berserah segalanya kepadaMu agar jiwaku tenang dengan bimbinganMu selalu.
jumaat, sabtu ahad, isnin sure aku dah ada di rumah.. pejam celik pejam celik.. mmg cepat masa berlalu.. yerlah dah dua puluh dua tahun hidup didunia ni.. alhamdulillah.. teringat semalam borak dengan sorang member baik.. die cakap "weh patut umo ko cam ni dah ade bopren" hoh.. pandai2 jek buat fakta.. aku cakap "abeh ko tu?" die jawab balek "aku lelaki lainla.. " pastuh gelak besar.. cam nak luku jek pale lutut die.. bukan main dengan motto die 'no heart no feeling' aku tak sure sape yang tubuhkan kelab tu dulu.. yang aku tau motto tu aku punyer dulu.. lately selalu sangat penyakit megren aku datang.. sejak duduk hostel nih.. aku tatau plak cuaca yang salah atau aku ni banyak sgt mende pk.. sblm tido pun pk lagi.. time mandi makan solat cuci kain bace buku pun dok pk lagi.. bile nak abeh pk ni? huh? ape yang aku pk sgt nih? iksh.. takleh jadi gini.. balek umah ni kene muhasabah diri dan cek balek ape mende yg banyak sgt lam pale otak ni.. yang tak penting delete jek.. pehtu empty recycle bin.. banyak memory leh pakai untuk mende2 yang sepatutnya dan space hardisk lam pale otak ni pun nak kene pomet balek.. system dah ok cume perlu upgrade sket lg.. nak install time management dan reminder.. hohoh.. tukar jadik programmer plak aku nih.. teringat nasihat seorang kawan.. 'jangan samakan diri dengan computer' haha.. computer takdek perasaan.. kalau hardisk crash takleh nak selamatkan dah.. memory computer boleh ditambah.. memory kepala ni kene jaga.. boleh hilang tapi takleh bertambah..
'H' call aku tak angkat arituh.. sms die aku tak jawab.. pertanyaan die pun aku tak jawab.. boleh tak tolong jangan ganggu hidup aku dah.. luka setaun dulu masih berparut.. sampai bila-bila aku akan ingat.. aku sedar tak seme apa yang kite nak kite dpt.. nak tunaikan harapan org bukannya senang.. nak letakkan harapan kat org pun pk due kali.. pk lagi.. hidup mesti berpk.. tak pk.. takleh main hentam keromo je.. terlalu pk sgt pun kdg2 bukan leh sampai konklusinya.. huh.. apa aku merepek ni? lately mmg asyik sensitip je.. asyik emosi terganggu dan jiwa kacau.. i need a holiday.. lek ade 4 ari lagi di bumi cyberjaya ni.. hopefully when i come back.. takde unsur2 emosi dalam catatan aku akan datang.. cuma catatan positif mengenai hidup yang masih panjang.. insyaAllah kalau umur panjang dan dimurahkan rezeki..
08.26.04 (6:30 pm) [
edit]
Bob AF2 - Cinta seorang teman
Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpang usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua
Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu
Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dari mata yg penuh pengertian
Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku
Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita
Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu
sedihnya hati ini bila tau kebenarannya.. "nah ambillah hati saye.. sebab apa saya bagi kat awak? sebab awak dah jadi sebahagian drp saya.. ianya bererti saya tak beri sepenuhnya.. cuma sebahagian sahaja.. minta maaf.. sebab saya pernah bagi hati ini kepada orang lain.. kepada orang itu harap dia menerimanya.. jika dia betul-betul ikhlas hati ini akan bersinar dan indah.. tapi jika orang tu persiakan hati ini akan malap.. atau akan terus mati.. sbb ianya bukan percuma.. hati ini diebri kepada insan terpilih.. kerana naluri saya terlalu percayakannya.."
Bismillahirrahmaanirrahim ... Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu... Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu... Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu... Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu... Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu... Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu... Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu...
08.25.04 (10:50 pm) [
edit]
arinih.. penat gilerss
fuhh.. kaki sakit lg ni.. sopping punyer pasal seharian.. eh pembetulan bukan sopping.. sopping sket je pasal takdek duti sgt dah.. kalau tak sbb wawa ajak gi naik skybridge klcc n sepupu pesan beli kain malas le nak kuar gak nih.. tp sblm balek nak gak wat mende yang selalu buat sblm trimester break.. lgpun bile lagi leh kuar ngan eema sbb die dah nak balek kuching terus.. huhuhu.. aku lagik tak abeh ni.. kesakitan kaki masih lagi terase.. ngantuk pun yer jugak tp aku klu penat sgt taleh tido gak.. malam ni sejuk sket takdela terase bahang sgt cam semalam.. cam duk dlm oven je..
ape aku beli td ek? ermm.. pagi2 kol 8 dah berangkat ke serdang.. park kete sane pehtu naik ktm ke kl sentral.. ramai org bergegas nak gih keje budak wawa ni pun masuk keje kol 9.. sampai kl sentral naik putra ke klcc plak.. sampai sane ke kaunter tiket nak naik skybirgde tu org beratur gile panjang.. seme tourist.. 3 barisan lak tuh.. last2 tak jadik naik.. aku gi tgk wayang ngan eema.. haha plan nak tgk the village kensel tp tertgk plak 13 going on 30.. not bad gakle citernyer.. just sweet.. sempat makan speghetti ngan eema pehtu takde mende sgt nak beli kat klcc tuh kiteorang meronde jalan tar plak.. kat klcc lagik battery dah low.. kaki dah rase sakit almaklumle lame dah tak ronggeng.. gagahkan gak kaki ni gi sane.. singgah sogo jap pehtu balek ke PS carik poster.. jalan sampai ujung dunie.. sakit kaki tahan jek la.. pehtu balek ke plaza rakyat ke masjid jamek.. ke kl sentral plak.. naik ktm ke serdang.. huh sampai gak tmpt park kete lalu balek dengan jayenyer.. adehh tgn pun penat nak naip.. ngantuk arr tido dulu lah..
08.24.04 (11:44 pm) [
edit]
menghitung hari..
what will you do if you get tomorrow's news today? what will you do if someone you just knew said that he likes you? what will you do? uhuh.. damn questions.. damn feelings.. i was about to lock it but someone bothering me asking for a little space.. no space now since i cleared it a few days ago.. and yet now still cleaning out for more spaces but someone came ask for a little room? should i give it free? or with conditions stay for a free trial.. ermm.. later i think..
kadang-kadang memang sengaja tak sedar umur makin meningkat.. tahap kematangan makin bertambah.. cara pemikiran lebih logistik.. lebih optimis atau positif.. menerima apa jua keputusan secara professional.. bila bercakap sesama sendiri barulah sedar betapa daya pemikiran dan cara percakapan dipengaruhi dengan pengalaman melalui masa.. sometimes I talk about life to my friends.. on the way back to campus probably.. talking about gossips, love story, about people around us and sometimes about study and all future things that girl always talk about.. I realize some of them have a different point of view in what we want to live.. what we desire after all this time.. what we plan to do after study.. what kind of job to be looked for.. dimana dan kesesuaian dengan kelulusan yang ada..
08.23.04 (3:49 am) [
edit]
crap..
1. name : Aju
2. single or taken : tak perlu tau
3. sex : f
4. birthday : July 9th
5. sign : cancer
6. eye colour : dark brown
7. hair colour : black
Relationships
do u have any bf/gf : both (ramai woo)
do u have crush : langgar orang pernahla
Fashion | stuff
where is ur favorite place to shop? : jalan tar.. hehe
tattoos or piercings? : no..
Specifics
do u do drugs? : yup.. dlm minuman and medicine
what shampoo do u use? : sunsilk limau purut untuk wanita bertudung.. hehe
what are u most scared of? : abandoned
who is the last person that called you?: member
Favorites
color : biru langit
food : kuehtiow goreng
boys name : arifarizan (careline celcom.. hehe) &n bsp; &nb sp; &nbs p;   ;
girls names : mimya kamilia
subjects in school : art
animals : miauuu
sports : table tennis (huh lame tak main)
drink : nesloais
Do..
you wish you could live somewhere else: jepun maybe..
you think about suicide : no..
you believe in online dating : why not?
others find you attractive : so far not yet..
you want more piercings : no
you drink : never!!
you do drugs : kan dah cakap tadik..
you smoke : never
you like cleaning : hobi
you like roller coasters : erm.. tak kot
Have you..
ever cried over a girl? : erm.. my mom..
ever cried over a boy? : kene penampo abg aku..
ever lied to someone? : depends on the situation
ever been arrested? : no yet
Number
of times i have been in love : 1 je..
of times i have had my heart broken : banyak kali..
of hearts i have broken : errr...
of girls i have kissed : none
of boys i have kissed : none
of girls i've slept with : uncountable
of boys i've slept with : none
of drugs taken illegaly : all legal!!
of people i consider my enemies : sape yang tak pasal2 nak carik gaduh
of times my name has appeared in the newspaper: tak pernah lagik..
Do you think you are..
handsome : aku bukan lelaki
funny : sometimes.. but always from my close friends
hot : darah jek panas..
friendly : depends
ugly : time bgn tido..
loveable : i am
caring : kat org bertuah je..
sweet : sometimes..
dorky : err.. mende ni?
geeky : tah..
08.22.04 (5:34 am) [
edit]
cinta seorang teman

haha.. tajuk ni takde kaitan dengan apa aku nak jot down dalam entry kali ni.. kebetulan tengah dengar lagu yang bob nyanyi nih.. baru aku pasan patutla aku rase bosan.. rupenyer malam minggu ni tak tgk konsert AF cam selalu.. hehe.. lepas makan tadik lepak ngan eema and pidut kat playground.. banyak nyamuk lalu balek lah..
terajin plak arini tukar banner blog and kaler.. ingat nak wat kaler itam.. haha dlm mood gothic sket skg nih.. ade seminggu lagi aku bertapa di bumi MMU ni.. report dah selesai dengan jayanya.. so nak siapkan proposal lagik.. senin ni meeting ngan group member menfinalkan idea dan approve sekali.. good news bile dpt tau ade software nak buat origami in 3D (thanks to saiful) tapi masih dlm peringkat beta.. tak publish pun lagik.. aku dah e-mail kat software creator tu untuk jadik beta tester tp die kate nanti die inform kemudian.. cemane nak wat research pasal software tu kalau tak release lagik.. adett.. lagik good news bile en. najib offer kasik consultation bile aku gitau idea aku kat die.. he said menarik gak idea tuh..
progression project berjalan agak lancar.. Pj baru balek dr cuti.. yanie masih keje sambung part time.. yanie lagik sorang tak abeh internship lagik.. aku yg tgh free ni buat ape yang patut dulu sblm balek cuti minggu depan.. idea aku dah rase mmg ok tapi mostly org yang aku tanyer kate agak susah nak buat dlm 3D esp MAYA.. well idea tak develope lagik takleh nak kate ape.. kalau takleh kene wat stop motion la nampaknyer.. semangat berkobar-kobar nak buat FYP nih.. hopefully spirit ni kekal sampai abeh sem 3 taun depan kang.. huhuhu.. balek nih kene prepare my soul lek lok..
sepanjang lepas abeh prektikel ni blasah layan movie.. tadik baru abeh tgk fear dot com.. cilakak jugakc iter tu.. takut aku tgk sorang2 dlm bilek.. ngeri btol kalau tgk org bedah org idup2 ni.. nyesal lak tgk sbb inpactnyer sampai skg terase lagik.. jgn aku mimpi plak malam ni sudah.. plan nak tgk the village dgn eema ujung minggu depan kensel kot sbb dah donlod movie tuh kat server tp tak tgk lagiklah.. eema kate bosan plak tabes.. ermm takpe tgk jek..
kazen sms nak gak beli kain cam aku beli arituh.. nampaknyer kene turun jalan tar gakla minggu depan sekali gi klcc wawa ajak.. ikut ati malas plak nak menapak kat situh.. alang2 beli la selai lagik kain.. leh wat baju kurung awal2.. dah nak raye pun.. ehhe semangat tul nak raye padahal pose tak lagik.. alamak tak abeh ganti pose lagi.. hehe.. bulan rejab ni seswai la nak pose nih.. bile nak ajak eema gi alamanda ni.. dengar citer tmpt tu best.. macam2 ada.. kata pidut.. pizza hut pun ade.. eema ngidam pizza cheese crust nih aku pun terjangkit plak.. bleh la layan gak la.. duit ade lagik nih.. huhu.. abeh gitu jek duit elaun aku..
takleh lepas dr citer bab hati dan perasaan nih.. tah ek lately terase sensitip sgt.. kalau dulu org tak layan aku tak amek ati sgt.. skg ni sejak ade heart feeling aku cepat jek rase nak kecik ati walaupun dengan kawan2 pompuan.. i have to switch back to original mode agaknyer.. susah sket nak kawal hati aku ni kalau terase ati.. rase cam berat jek.. rasa cam sesak nafas pun ade.. tp sket2 aku dah kembali ke asal.. masukkan hati dlm esbox bak kate sorang teman.. kali ni nekad.. pape hal aku tanggung sendirik.. pedulikla org nak cakap ape.. jangan tanyer kenape.. jgn tanyer sbb ape.. masalah kecik2 padam terus.. kasi space hati aku dengan komitmen baru yang bakal tiba.. hahahaha.. FYP 100%.. diwarna-warnikan lagi dengan mak ayah adik beradik kawan-kawan kucing2 mmu pc aku henpn baru aku..
08.22.04 (3:35 am) [
edit]
kerna waktu berputaran
[b]Sheila On 7 - Berhenti Berharap[/b]
Aku tak percaya lagi
Dengan apa yang kau beri
Aku terdampar disini
Tersudut menunggu mati
Aku tak percaya lagi
Akan guna matahari
Yang dulu mampu terangi
Sudut gelap hati ini
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampe nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat
Kenapa ada derita
Bila bahagia tercipta
Kenapa ada sang hitam
Bila putih menyenangkan
ha... ha...
Reff :
Aku pulang....
Tanpa dendam....
Ku terima... kekalahanku...
Aku pulang...
Tanpa dendam...
Kusalut kan .. kemenanganmu...
wow..
Kau ajarkan aku bahagia
Kau ajarkan aku derita
Kau tunjukkan aku bahagia
Kau tunjukkan aku derita
Kau berikan aku bahagia
Kau berikan aku derita..
Aku pulang....
Tanpa dendam....
Ku terima... kekalahanku...
Rebahkan kalbumu
Lepaskan perlahan
Kau akan mengerti
Semua..
Aku berhenti berharap
Dan menunggu datang gelap
Sampai nanti suatu saat
Tak ada cinta kudapat..
========================= ==========
aku: ni no baru saye 019 *******
teman: ooo
teman: tak mintak pon..
teman: anyway mekasih
sedey btol aku kalau ade orang yang tak menghargai nih. bukan senang aku nak kasi. dah kasi tak hargai lak. kalau tak nak pun cakap la terima kasih je. nak simpan ke tak tak kisah. sedey aku bebetul sedey. kerna waktu berputaran.. harap aku tak amek ati sgt..
aku bukan suke nak citer kisah perbadi kat sesape walaupun kawan baik kecuali orang tu tanyer atau sedang bercerita kisah yang sama. satu hari aku excited citer kisah aku minat kat sorang mamat ni kat seorang teman. citer punyer citer die leh cakap "so..apa yg sebenarnye awk nak citer?" ahhh.. aku sedih lagi. terdiam kejap. sedey sangat. aku salah time atau atau aku over excited? kerna waktu berputaran aku ubati dengan masa
keje sukarela yang aku buat mengundang tak sedap hati gak. bile 'bos' tgk result die kate 'very pity' sbb apa yang die nak tak same dengan yang asal. sedey lagi. my mistake. cuai buat keje walaupun keje tanpa gaji. dah silap takleh betulkan.. kerna waktu berputaran.. bukan mengundur kebelakang...
aku dilahirkan dengan kelebihan amat memahami. walaupun boleh melukakan hati sendiri. kerna waktu berputaran. biarlah masa mengubatinya. bertepuk sebelah tangan ke atau mmg tak bertepuk pun? aku jugak yang tahu. dengan tindakan dan kata-kata aku mulai paham aku bukan sesiapa pada dia. berhenti berharap kata sheila on 7. buat apa nak mengalirkan air mata disebabkan orang yang bukan sesiapa pada aku. aku bukan sesiapa kat die jugak. biarlah kecewa sekarang asalkan jangan kecewa kemudian. kerna waktu berputaran. kerna aku tahu Tuhan ada agendanya utk aku. biarlah aku ubat sendiri luka yang disebabkan diri sendiri. takdek sape2 yang salah dalam hal ni. aku mengundur diri tanpa bertanding. sampai ni jek harapan. Tuhan tolong aku lupakannya.
YA ALLAH,
Seandainya engkau telah takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.
:(
08.16.04 (11:47 pm) [
edit]
eh?
Akhirnya smlm last day practical kat LMJV.. aku dah ade kat sini.. dlm bilik dengan ajuinc. kembali ke hostel lepas penat berangkut tak ingat punyer penat ke tingkat taraf kayangan darul MMU ni.. hari akhir semalam cepat jek berlalu.. kate presentation kol 10.. tp tak prepare lg so tangguh kol 2 30.. last2 kol 4 jugak presentation projek-projek sampai hampir kol 6 ptg.. barula ade jamuan sket dan sessi kasi saguhati.. hasrat nak berjoli terbantut lepas ayman soh simpan duit baya deposit hostel.. muhahahaha.. damn.. dah terlist beberape item dlm kepale dah siap nak beli..
arini plak kol 10 pagi dah kene ade kat e-theater dibriefing pasal final year project dan cara-cara mengisi report form.. agak2 dalam setengah jam gitu mr khong membebel.. kiteorg pun blah ikut haluan masing2 dan aku mengomitmenkan diri jumpe member2 satu group final year project yg bakal ditatap sepanjang 2 semester akan datang.. PJ, Yanie senior dan Yanie junior.. banyak mende dibincangkan.. pot pet pot pet kat cafe fcm dengan segelas teh ais je.. perbincangan abeh kol 12 lebey.. naik opis sat amek printer dan sign kad thank you kat LMJV aku pun blah ke hostel..
ade lebey kurang 3 minggu lagi sebelum balek ke kampung halaman terchenta sgt.. maka aku menghambakan diri menyaipkan keje2 yang patut disiapkan.. report tak siap lagi.. reserach+treatment+resera ch proposal kene siapkan by hook or by crook sblm 30 ogos.. sebelum boleh dimerdekakan pada 31 ogos.. haha merdeka sementara sblm menzombiekan diri sem akan dtg.. ahh cemane leh lupe 18 ni tgk teatere tat nenas.. hehe.. bersosial sket sblm bertape di rumah.. dah aa malas nak tuleh dah..
08.11.04 (4:56 pm) [
edit]
Roy & Fran - Siapa Dia Sebelum Daku
( F )
Aku selalu memikirkannya
Siapa dia sebelum daku
Gadis kau puja hingga kecewa
Kini kau tak menyatakan
1
( R )
Aku pun jua sering tertanya
Siapa dia sebelum daku
Pria kau puja hingga merana
Kau merahsiakan dariku
2
( R & F )
Sejak kau wujud dalam hidupku
Semuanya telah terpadam
Bak bayangan yang indah
Di malam purnama
Di telan mentari pagi
( R & F )
Apa disentuh sejarah dulu
Hanya menyakit hati sendiri
Telah ditemukan kita berdua
Engkaulah sinar hidupku
(ulang 1)
( ulang dari 2 )
Engkaulah sinar...
Engkaulah pelita...
Engkaulah sinar...
hidupku
08.10.04 (3:36 am) [
edit]
ahad yang lain..
apekejadah ahad malam ade kat opis? hehe.. biasakla.. takleh renggang dr ajuinc ni.. actually ade keje last menet perlu dibereskan.. geram gakla sbb bukan part aku yang buat.. keje aku dah settle pehtu terpakse settlekan keje org lak.. tu g tensen tuh.. kat bilek pun busan.. takpe lg 2 hari lagi abeh prektikel nih ha.. and good news sesangat ade plak elaun kene kasik.. leh la berjoli sblm balek kampung.. eh takleh2.. kene jimat cermat.. kang sengkek lagi.. tula pantang dpt duit sket mule la plan nak beli itu ini.. mmg kalau kene kasi seribu dlm masa sehari pun leh abeh.. apetah lagi seratus due.. manusia mmg tak pernah puas dengan apa yg ada..
ina dtg tumpang kat bilek ptg td.. tumpang tinggal sementara tunggu briefing final year project rabu kang.. teh pun nak dtg.. aa mai la mai.. beramai-ramai memeriahkan lagi bilikku.. walaupun lantai retak seribu.. lepas ni memikirkan nak dukung balek pc balek ke bilik.. leh patah riuk la tulang cenggini.. tingkat 5 tuh.. apela mmu ni.. lain kali hostel kasila tinggi sket.. pehtu watle lif.. ermm usah mimpi nak ade lif plak.. start sem depan dah ade deposit plak.. malas plak nak sumpah seranah.. kalau nak ikutkan dah berlori-lori dah berkontena-kontena amilase terbuang sbb rasa tak puas hati je..
smlm kuar pi kl sentral jap pi amek tiket flight yang dah dibayar lame dulu.. aku ni tau booking tiket je.. pehtu suruh ayah aku bayarkan.. hehe.. pape pun tak lame lagi balik.. yahoo.. countdown to 22 more days n i'll be home sweet home.. smlm jugak pi jumpe sorang mamat kawan lame yang tak pernah jumpe lg.. sblm jumpe bukan main tanyer soklan gojes kat aku.. bile dah jumpe.. adeii.. selambe gile jek mamat ni.. boleh buat kawan jek la.. janji jumpe kat midvalley tp bertemu kat kl sentral.. selek btolla mamat ni.. haha pinjam ayat die sat.. die agak nice tp tu la.. erm..
merindui seseorang.. tp tak pasti dpt balasan yg sama dari pihak sebelah sana.. kenapa mesti ada perasaan rindu? rindu tu perlu ke dlm setiap jiwa manusia? maybe leh kate rindu tu satu penyakit.. sbb sakitnya terasa di dalam.. sakit dalaman ni agak bahaye drpd sakit luaran.. cemane nak usir jauh2 rindu? rindu perlu bagitau ke? atau nak layan rindu sorang2 je? pergila rindu jauh-jauh..
08.08.04 (11:00 pm) [
edit]
tensen gue
pagi2 dengan rajinyer aku menaip blog.. tibe2 klik post.. server down.. @*!@^%(!@#!@!.. hehe so malas le nak taip arini.. cam bese jek.. cume demam2 sket lg ni
08.03.04 (2:28 pm) [
edit]